Showing posts with label Al-Qur'an. Show all posts
Showing posts with label Al-Qur'an. Show all posts

Sunday, 19 February 2012

Tazkirah: Mensyukuri Nikmat Makanan



Islam amat menitikberatkan agar umatnya bersyukur atas nikmat makanan dan minuman yang dikurniakan Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Makanlah dan minumlah rezeki (yang diberikan) Allah dan janganlah kamu bermaharajalela (berkeliaran) di bumi dengan berbuat kerosakan.” (Surah al-Baqarah, ayat 60)

Umat Islam disuruh bersyukur atas nikmat kurniaan Allah dalam kehidupan mereka supaya mereka tidak menjadi kufur. Allah menyuruh hamba-Nya bersyukur kerana Dialah menyediakan rezeki sesuai dengan keperluan manusia seperti firman Allah bermaksud:

“Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepada-Nya.” (Surah Saba, ayat 15)

Mereka yang bersyukur kepada Allah, dijanjikan penambahan rezeki dalam kehidupan kerana mereka tahu daripada Allah sajalah segala pemberian itu datang dan menggunakan rezeki itu ke jalan diredai-Nya.


 
Janji itu disebutkan dalam firman Allah yang bermaksud:

“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmat-Ku kepada kamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amatlah berat.” (Surah Ibrahim, ayat 7)

Allah menggesa orang Islam supaya menjadi manusia yang bersyukur kepada-Nya kerana ramai manusia yang diberikan nikmat oleh Allah, lupa untuk mengucapkan syukur kepadanya. Hal ini dijelaskan dalam firman Allah yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah SWT sentiasa melimpah-limpahkan kurniaan-Nya kepada manusia (seluruhnya), tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur.” (Surah al-Baqarah, ayat 243)

Ada dua syarat dalam menikmati rezeki yg diberikan Allah ini iaitu:

1) Tidak membazir

Islam melarang umatnya berlebih-lebihandalam memenuhi keperluan kehidupan. Larangan ini ditegaskan dalam firman Allah yang bermaksud:

“Dan makanlah serta minumlah dan jangan pula kamu melampau-lampau, sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampau batas.” (Surah al-A’raf, ayat 31)

Sifat itu juga ditegah Rasulullah SAW seperti sabda Baginda:

“Makanlah serta minumlah, dan bersedekahlah, dan juga pakailah (pakaian yang baik-baik serta berhiaslah), asalkan jangan untuk bermegah-megah dan menyombong, dan jangan pula melampau, kerana Allah SWT suka melihat kesan nikmat-Nya ke atas hamba-Nya.” (Hadis riwayat Ibn Majah)

Allah dan Rasulullah SAW melarang daripada berlebih-lebihan kerana akan membawa kepada pembaziran yang merugikan akibat mengikut hawa nafsu dalam berbelanja.

Kita digalakkan berjimat cermat dalam kehidupan kerana kita tidak dapat menduga keperluan untuk masa hadapan keluarga kita. Adalah lebih baik kita berhati-hati dalam memenuhi tuntutan kehidupan.

2) Makanlah dari sumber rezeki yang halal dan suci

Islam menyuruh umatnya mencari dan mengambil makanan yang halal dan baik untuk memenuhi keperluan fisiologi mereka. Suruhan ini ditegaskan dalam firman Allah yang bermaksud:

“Wahai sekalian manusia! Makanlah apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik.” (Surah al-Baqarah, ayat 168)

Di Malaysia, status halal sesuatu makanan dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Oleh itu, bagi pengguna Muslim perlu memastikan label halal Jakim terdapat pada barang yang hendak dibelinya. Pembeli hendaklah mengenal pasti label yang dikeluarkan Jakim supaya tidak terkeliru dengan label halal yang digunakan pihak tidak bertanggungjawab untuk melariskan barang mereka. Jika pengguna hendak menyemak barang yang dibeli itu dengan lebih pasti, apakah ia terdapat dalam senarai JAKIM, pengguna boleh menggunakan telefon bimbit dengan menaip (Halal_no. kod pada barang) dan hantar kepada 32728 atau DAPAT. Hanya dalam beberapa saat, pengguna akan mendapat maklumat status barang yang hendak dibeli sama ada terdapat dalam senarai barangan halal Jakim atau tidak.


 
Islam menyuruh kita menjauhi barang yang diharamkan kerana makanan yang dimakan akan menjadi darah daging dalam tubuh badan. Dengan adanya darah daging yang tumbuh daripada makanan haram, ia akan menjadi penyebab doa seseorang itu tidak dimakbulkan Allah.

Di samping halal, umat Islam digesa mencari makanan yang baik untuk tubuh badan bagi menjana kecergasan mental dan fizikal. Tubuh badan yang sihat dan cergas penting bagi melakukan ibadat kepada Allah dalam keadaan selesa. Hal ini ditegaskan dalam firman Allah yang bermaksud:

“(Dikatakan kepada mereka) Makan dan minumlah kamu akan makanan dan minuman yang lazat dan baik.” (Surah at-Tur, ayat 19)

Sunnah: Adab Ketika Makan [Bahagian 1]

Sunnah Rasulullah SAW Ketika Makan:

1) Membasuh tangan - ramai yg terlupa selain untuk kebersihan, membasuh tangan sebelum makan juga adalah sunnah Rasullullah SAW



2) Duduk dgn penuh adab bila menghadap makanan iaiti duduk secara iftirasy

Dari Abu Hamidal-Sa'idi r.a., katanya:

"Aku melihat Nabi Muhammad SAW apabila Baginda duduk pada raka'at yang kedua (untul membaca Tahiyyatul Awal), dia duduk di atas kaki kirinya dan menegakkan kaki kanan (duduk iftirasy)" (Hadith Sahih Riwayat Bukhari)



Kebanyakan kita tidak mengetahu kebaikan duduk iftirasy dari segi kesihatan. Bila dalam iftirasy ini, kaki kanan kita mendapat tekanan di bahagian atas kaki dan kaki kiri mendapat tekanan bawah dan tengah kaki. Duduk iftirasy ini memberi tekanan refleksologi yang menyeluruh. Tapi bagi orang yang tidak menegakkan kaki kanan, mereka hanya mendapat tekanan refleksologi untuk sebahagian tubuh sahaja (tidak meliputi bahagian otak, tengkuk, tekak, jantung, suara, sinus, kelenjar pituitari dsb.). Ini sangat merugikan!!



Jadi elokah kita cuba duduk secara iftirasy yang sempurna semoga kita mendapat pahala kerana mengikut sunnah dan juga kesihatan yang menyeluruh melalui latihan refleksologi tidak langsung untuk bahagian kritikal seperti otak, tengkuk, tekak dll.
3) Membaca Basmalah di awal memulai makan dan minum, dan membaca Alhamdulillah setelah selesai.




Di antara sunnah, seseorang yang hendak makan dan minum sebelum makan dan minum, hendaklah membaca basmallah dan membaca Alhamdulillah ta'ala setelah selesai makan dan minum.

Ibnul Qayim rahimahullah mengatakan: "Membaca basmalah di awal makan dan minum dan membaca Alhamdulillah setelah selesai, mempunyai pengaruh yang sangat mengagumkan baik pada manfaatnya, kebaikan dan dalam menegah kemudharatan.

Imam Ahmad mengatakan: "Apabila dalam makanan telah tekumpul empat hal, maka telah sempurna: Apabila menyebut nama Allah di awal makan, Alhamdulillah setelah makan, makan berjema'ah dan dari makanan yang halal."

..... bersambung: Bahagian 2