Wednesday, 21 June 2000

reply: "thanx & good luck"

a'kum wbt,
awwalan, thanx 4 replying my e-mail w/pun hari tu tak
dpt cerita lebih panjang.
skrg memang ana dah kat matrix in PJ b'mula
13/6.actually kuliyah ana baru je start hari ni, jam
11am-1pm,subject Math 1.start 14/6 hinggalah 18/6,
kitorang ada Ta'aruf Week.as usual, agak strict but
I'm really enjoy the x-perience.tapi, after that
programme, kitorang masih perlu menyelesaikan beberapa
perkara e.g photography session,medical
check-up,library tour,counseling outreaching & so on.
semua tu dibuat m'ikut course. kalau Pharm ni,all that
things will finish on 24/6.
skrg ni ana kat my college cc that just open 4 my
college resident today.fortunately, ana dpt gak check
my e-mail yg dah bertimbun ni.
pasal Fizah tu, memang dia dpt oversea offer 4 medic
in uk.tapi ana tak pasti whether mak dia kasi pegi,dia
memang nak gi sgt.oh ya! nak bagitau yg Farah dpt kat
sini gak-course BioSc & dengar2 kabo yg dia nak tukar
kpd engin, sama mcm Zah & Huda Rasdi & I think she'll
get it.kalau anta dtg sini,mesti dpt jumpa dia.
pasal Pharm. tu,we (pharm student) are the 1st
bach.intake 40 org tapi yg terima just 34 & this
course yg plg sikit pelajarnya.sbnrnya kat matrix UIA
ni, core course utk Pharm sama jer ngan medic &
BioSc.ketiga couse dibahagikan kpd 3 group-satu group
campur semua course.so kitorang dpt masuk class group
lain kalau t'tinggal maner2 subject.tapi, hanya Pharm
yg dpt lompat utk masuk medic,BioSc takleh.itupun
kalau dpt pointer 3.0 & above.anyway, credit hrs
kitorang lain2 coz it depends on EPT & APT result (tau
tak ape benda tu?).actually, on 14/6 all students have
to sit 4 Eng. Placement Test(EPT) & on 15/6-Arabic
PT.saper2 yg dpt SFC (Skills Focused..),akan ambil
test seterusnya begins with Reading & Writing,
Speaking & Listening.ana dpt SFC utk EPT tu,dok tgh
tunggu result lah ni (maybe this 29/6).ana akan cerita
lebih lanjut next time, nanti you dah balik kat Pilah
(I'll send you a letter!Nak tak?Kalau tak nak bagitau
ye!).tentu anta baca email ni kat rumah kan? So,
terlambatlah nak ucap good luck.anyway ana dah ucapkan
dlm email yg lepas.i think takat ni jealh.nak balas
email member lain lak.

atie,
room 310, Fatimah Az-Zahra College,
Matric. Centre,UIA,Jln Univ.
PJ.

Saturday, 10 June 2000

"Well done"

a'kums
apakhabar skrg?ni mesti dah ada kat PJ dah nie..kalau tak pun tgh sibuk buat 
preparation nak jadik warga UIA.Congratulation and selamat belajar kat UIA!
em..astrobiochemiphysicist tu memang kependekan kpd sume bidang sc..
astro-astronomy
bio-biology
chem-chemistry..and so on..
sebenarnya maksud nick name tu ialah that i'm want to master all field of sc 
and be a astronomer+biologist+chemist+physicist...pelik kan..!
tapi actuaalyy it's impossible cos kat Higher Studies,kita kena pilih
1 bidfang pengajian je yg nak dikhususkan.....tapi hapofully kalau ader 
masa,tenaga and money maybe boleh...walapun dah umur 40 tahun 
pun...InsyaAllah..
ana pun sebenarnya tak leh lama2 nie..sbb tinggal seminggu lagi nak 
exam...tensionn2...kalau dah adpat pahrmacy tu sykur lah..tapi anti memang 
nak tukar amik medic kan...so berusahalah sebaik munghkin...but anyway all 
the people know who u are...meati takde hal punya...lagi2 sbb UIA matrik 2 
thn..byk masa sgt..
pasal kawan lai...err..4 org jer dpt UIA ..kat mml rasanya ader dekat 10 
kot..ana dpt Engin kat UIA ..tapi tak pegi...tak leh lahh kiat 
jumpak..hehehe..takde lah.Hafizah kat jempol dpt oversea mane?tajaan ?
course?kalau course yg memang dia nak..rasanya patut pegi laa..anyway depend 
laa..congrat. to her ok.
em..nizar pun skrg tgh tnggu tawaran ..maybe medic uk kot..or dia dah dpt 
pun tak pasti..sbb susah nka contact.yg lain..raami gak yg dpt KPM..UTM 
ade..& yg lain2 tak tau..
ok rasanya that's all...jumpa lagi cuti ni ok..!

eifan

p/s:pharmacy sebenarnya study pasal ape.?boleh cerita skit...sbb maybe i'm 
taking the course kot in future..sbb tak berapa minat medic..tapi minat 
bio..!

Friday, 9 June 2000

reply: "alhamdulillah"

a'kum,
spt biasa 1st Q pekabo?hopefully sihat jer.sblm t'lupa
ana nak tanya what's the meaning of
'astrobio...'tu?apa yg ana faham, semua bidang
pengajian Sc ada dlm tu.
actually ana tak leh dok lama2 coz ada byk kerja
lain.kat cc ni.
just nak bagitau yg ana dah dpt surat offer dr UIA pd
1/6 lepas.dan spt yg dijangka, ana dpt course
Pharmacy.
ttg kwn2 yg lain-Zah & Huda Rasdi dpt Engin. ( anta
dpt ke? kalau dpt, bolehlah jumpa diorang).ramai
kengkawan dpt KPM.hanya 4 org yg dpt UIA bg kelas
Sc.hanya Norhafizah yg dpt oversea tapi dia tak tahu
nak pergi or just stay kat Jempol.anta pulak?bagitau
OK.ttg masalah anta tu,kalau betul dah rasa OK duduk
kat sana, teruskan.ana yakin anta boleh dptkan course
Engin, kata org dah dlm genggaman.apa yg penting, just
maintain & do better than be4.kaylah,setakat ni dulu,
masa dah semput ni.nak pegi beli barang, prepare 4
this  13/6.

p/s:bagitau pasal 'kawan' kat sana pulak,OK e.g Nizar
etc & saper2 yg dpt Pharm.kat MMP ni ana sorang jer yg
dpt course tu.soory,tak dpt cerita pjg.maybe next week
ana hantar email from UIA.

Friday, 2 June 2000

"kuala pilah news"

a'kumss

em..alamat tu memang alamat ana kat sini..naper nak antar ape2 ker?
hehe..takder laaa..sajer jerr..
pasal uia tu anti tak dpt?unfortunately dih..!tapi as long as u has made  
the effort nak masuk gak kat sana..ana rasa no problem kot..lagi2 dekan 
sendiri kawan your dad..mesti buleh..InsyaAllah.
ana pun sebenarnya tgh tunggu result UPU  & JPA nie..sbb nak tengok dapat 
ker tak..ana pun skrg confuse samaada nak stay or pikirkan tmpt lain..sbb 
sebenarnya ana tak brape minat nak amik medic, so sbb tu laa terpikir mintak 
engineering...lagi2 kalau dpt germany ker..anyway
apa2 pun tengok laa dulu...i'll take the best choice..sbb kat sini di kmns 
ni pun ana rasa kedudukan ana pun dah stabil skit cuma lagi kena struggle 
lebih skit kalu nak score 1st ni..... ..kira ngan pensyarah pun baik 
sumer..and kira dah boleh concentrate on study and exam..
cuma pasal tu lah,whether to quit or continue..
ana rasa ana tak nak ambik applied sc,ana nak ambik pure sc..so macam 
eng.,medic.,pharm.,tu semua applied sc..kalau pure nie macam sc 
fizik,biologi molekul,sc kimia,genetik..semua tu pure...tapi ada pensyarah 
tu cakap pure ni mmg susah..kadang2 lebih susah dpd applied..lagi2 susah nak 
dpt keje..tu yg ana tension skit..tak tau nak amik bidang maner..sbb kalau 
pure sc...better stay kat KPM...and kalau engineering baik gi oversea..kalau 
dapat ler..
ok..that's all.
bye wassalam.

p/s: kawan2 lainmacamne....zahratul dpt ler uk?..and yg lain macamne..
harap hantar lee news selalu!

Monday, 29 May 2000

reply : "sorry...çoz late"

assalamualaikum wbt.
apa kabo?ana kat sini alhamdulillah sihat.skrg ni ana
kat rumah cousin...kalau kat cc mesti byk fulus yg
'terbang'.
soorylah 'coz lewat balas e-mail anta hari tu.bukannya
ape...masa tu pakcik Nawi buat intensif for driving
class. actually hari ni ana test memandu.first
candidate lagi.alhamdulillah...semuanya beres.Pakcik
kata maybe esok dapat le lesen P.tapi yg takut masa
test tadi, terlajak line kuning masa atas
bukit.then,try once more tapi tak sampai line
pulak.nasib baiklah tester tu baik & ana dpt tahu yg
dia 'pass'kan semua org.sepatutnya ana test 17/5 baru2
ni lagi tapi tak sempat 'coz dah penuh.anyway, at last
dpt jugak lesen sebelum ana ke mana2.
pasal interview UIA tu..ana tak dapat.di MMP Zah je yg
dpt.mlm sblm tarikh interview tu, Zah calls ana, tanya
sama ada ana ada terima surat dr UIA or not.dia
bagitau yg interv. tu dibuat di Jab Pend. T'ganu.
kebetulan masa tu abah ana ada di KL.ana terus call
dia kat sana & inform that news. next day, he went to
PJ matrix utk dptkan maklumat selanjutnya. kerani kat
situ cakap pemohon 4 medic course saje dah 800 org.
nama ana dah termasuk dlm komputer diorang tapi after
shortlisting, ana tak termasuk.kombinasi agg. ana hari
tu 8 agg. So, mrk yg dpt interview UIA tu 7 agg. ke
bawah.Ana mungkin dpt if only I'm a boy.Ini krn semua
yg dpt tu (150) adalah perempuan.So, UIA terpaksa
m'perutkkan kuota utk lelaki juga although their
combination is more than 7 agg.mengikut kawan abah ana
(dekan Matrix UIA) diorang hanya interview 200 org &
will take 90 only. Sbnrnya ana merupakan calon prajaya
KPM tapi kalau boleh tak nak pergi sana. jadi, dekan
tu bagi cadangan supaya tulis surat kat dia (UIA)
menyatakan ana ingin menukar my 2nd choice dr KPM ke
Farmasi UIA (my 5th choice) & he promises if I show an
excellent performance in my study, he will offer
medic. that's all I can tell you about this matter &
tunggu jelah apa yg ana dpt sama ada KPM or
Pharm.Kalau permohonan ana diterima, maknanya tercapai
jugak nak pergi UIA & struggle 4 medic course there.
I think I must stop now.Bila ada berita t'kini nanti
ana akan bagitau.lastly,as usual, best of luck in your
final sem exam (19/6) kan? And remember Allah always.

p/s: yg anta bagi baru2 ni (asb ...k.pilah) alamat
anta kat sana ke?

Saturday, 20 May 2000

Re: "That's ok..."

assalamualaikum..

kaifahaluki al-an?ana sebenarnya kat cc kuala pilah ni.
mekasih sbb sudi gak anti balas ..sebenarnya pasal JPA tu tak yah
nak nyesal ler..sbb kalau yg nak amik medic. maybe sgt susah nak dpt coz 
medic, hanya ditawarkan utk UK &Jepun jer...tu pun 100 tempat jer..
so,compete skit laa..kalau dpt pun..bagi saya laa..nak pegi tu 
ok..tapi..ntah,rasa macam tak "kuat" lagi laa nak pegi tmpt-tmpt..macam 
Uk..US gitu....lagipun why not just takes it kat sini....

anyway,yg medic UIA tu anti tak terima panggilan interview ke?
baru2 ni ader kawan ana kat sini yg mintak matrik perubatan UIA pegi,kalau 
dapat tu....InsyaAlllah laa dapat masuk Uia ....Good luck!
tapi kalau tak dpt pegi pun ok,KPM kan ada..kat sinio pun studi ok...
lagi2ada yg cakap sape2 dpt pointer tinggi (3.6>)maybe boleh pegi oversea 
juga...so the chances is same...atas usaha jer.Cuma kalau dpt Londang,Melaka 
....baik pegi laa..sbb kalau KPM , Melaka je yg semua dah lengkap...macam kat 
sini terpaksa lagi studi sendiri utk kebykan subjek..bukan ape...pensyarah 
tak cukup sepenuhnya lagi...tapi rasanya kalau macam anti ni,no problem 
punya.

So,amaacam sekarang?dah dapat dah lesen?bagus ler..sekolah camane?
any new thing happens?lastly,rasanya tu jer yg nak tulis kat sini..
ok see u again...wassalam.

Saturday, 13 May 2000

reply: "khabar baik.."

assalamualaikum..
1stly, ana ucapkan terima kasih 'coz sudi hantar
e-mail dated 11/5 hari tu.Actually ana kat cc ni with
my siblings...cari hadiah utk Ummi ana, Mother's Day
besok (14/5). 
2ndly, nak tanya, anta tak terima ke e-mail ana yg
b'tarikh 8/5? Hari tu ana try hantar e-mail kat anta.
tapi ana rasa ana t'salah e-mail 'coz ana hantar ke
'eifanese2000'. Maybe diterima oleh org lain.Never
mind..small matters.
Anta ada cakap yg anta ada jumpa Zahratu.That's mean
tarikh interview anta di mrsm pc tu 10/5 lah?
Sebenarnya ana rasa rugi jugak 'coz tak hantar borang
JPA tu.At least dpt pergi interview pun tak apa.Nak
terima tawaran tu ataupun tidak, itu lain
cerita.OKlah,setakat tu jelah.Harapnya dpt hantar
perkembangan terkini.
Lastly, best wishes in your future
undertakings.Wassalam

p/s:Munir(my bro) kirim salam
    Send my regards to your mum.

Thursday, 11 May 2000

"apa khabar..." dari Kuala Pilah

assalamualaikum w.b.t

apa khabar anti kat k'tan? harap-harap baik je laa...ana al-hamdulillah
ok jer..firstly nak ucap selamat hari lahir kat anti sbb baru ni tak ingat 
nak beritau...sorry cos lambat sangat...dah lepas 2 minggu...

2ndly,terima kasih bebanyak cos ajak pegi umah aritu...pastu bgi plak
bekal bawak balik...thanx alot, ok..sedap jugak masakan tu..anti buat 
sendiri ke?..ni sebenarnya kat umah di jei nie....balik k'tan jp sbb ader 
interview JPA kat mrsm pc....boleh laa balik umah jap..malam ni dah nak 
balik ke n9 ... ermm..jumpa jugak Zahratul hilal masa temuduga tu...tapi 
rasanya susah skit nak dapat tawaran biasiswa oversea tu kot..
sbb ramai sgt yg mintak...kena pulak yg terror-terror.....

ok...rasanya that's all...hope to hear from u soon..good luck and
wassalamm..

eifan,
asb2211
kolej matrikulasi negri 9,
kuala pilah,72000
negri 9.

Sunday, 3 January 1999

Keputusan SMU & Ustazah itu..

Alhamdulillah..

Hari ini hari pertama aku memasuki Tingkatan 5 dan terpilih ke Tingkatan 5Sc1. Hari ini juga aku & rakan akan menerima keputusan peperiksaan Sijil Menengah Ugama yang diduduki pada tahun lepas. Dikhabarkan keputusan & slip keputusan peperiksaan berkenaan akan diserah tangan melalui bakal guru kelas Tingkatan 5.

Kami diarahkan untuk berkumpul dalam salah sebuah Makmal Sains sekolah sementara menunggu guru kelas membawa keputusan SMU dan mengumumkannya. Rupa2nya makmal ini akan menjadi kelas sementara kami untuk minggu ini memandangkan urusan susun atur kedudukan kelas baru bagi Tingkatan 5 masih belum selesai.

Kami semua menanti dalam makmal dengan berkira-kira siapakah yg bakal menjadi guru kelas kami.. tak lama kemudian, muncullah seorang guru perempuan bertudung labuh memberi salam.

''Assalamualaikum.. ini kelas 5Sc1?"
" Ye cikgu"
" Ok, alhamdulillah.. terima kasih.. saya guru kelas kamu.. Ustazah Hanishah Che Yusof''

Duppp.. jantungku berdetak kuat.. entah bagaimana ingatanku 4 tahun yg lalu tiba-tiba muncul.. entah bagaimana aku boleh ingat nama itu sedangkan sejak Abah ku menyebut namanya sekali sahaja tahun itu, Aku tidak pernah bertanya lagi memandangkan aku tidak begitu sungguh-sungguh untuk mencarinya sepanjang genap 4 tahun persekolahanku di sini... Ya, aku pasti, Ustazah inilah kawan Abah ku yg pernah diminta aku carikan selama ini.

"Seperti yang kalian semua maklum, hari ini saya akan umumkan keputusan peperiksaan SMU yang kamu ambil tahun lepas.. saya akan panggil nama mengikut abjad dalam senarai yang ada dengan saya ni, kamu boleh datang ke depan dan sekaligus bolehlah kita berkenalan.. boleh kan? '' .. lembut dan perlahan suara Ustazah itu walaupun tiada senyuman terukir di bibirnya..

" Mungkin Ustazah ini susah hendak senyum.. jika senyum pasti manis ...'' detik hatiku, berbaik sangka memandangkan beliau adalah kawan Abahku .. kawan Abahku pasti orang yg baik2..

Tiba-tiba ...

" Hasni Muniati binti Hassan ... datang ke depan, ambil keputusan peperiksaan kamu.. Ye, tahniah, kamu berjaya mendapat 6 Aggregate.. pelajar terbaik SMU 1998' .. Mabruk álaik'' ..

Aku bingkas bangun dengan yakin dan berfikir bagaimana harus aku perkenalkan diriku sebagai anak kepad Abah ku.. sesuaikah waktu ini untuk aku sampaikan pesanan Abah.. ingatkah dia akan Abah ku? Tidak ku sedar aku telah berada di hadapannya dan... sebuah senyuman terukir dari bibirnya terukir kepadaku .. wah.. manisnya..

Lantas terkeluar soalan dari mulutku .. ''Ustazah kenalkah ayah saya, Ustazah ni kawan ayah saya ke?'' Ish... apa yg kau tanya ni Atie.. terus terjah saje.. Tapi tanpa ku sangka dia bertanya kepadaku semula,  "Enti anak Hassan, majistret kan? '' Tenang sahaja riak mukanya .. ohh.. adakah dia sudah kenal aku selama ini? Aku hanya mengangguk dan tersenyum :) "Sampaikan salam Ustazah kepada dia, dan tahniah sekali atas keputusan cemerlang Hasni .. saya pasti Abah kamu turut berbangga dengan keputusan ini." .. "Terima kasih Ustazah.. " .. sekali lagi kami berbalas senyuman..

Syukur ya Allah, Kau pertemukan kami dalam keadaan ini. Moga tahun 1999 ini membawa seribu makna dalam hidupku, dengan semangat yg utuh untuk aku hadapi SPM tahun ini...