Sunday, 16 April 2000
Sunday, 3 January 1999
Keputusan SMU & Ustazah itu..
Alhamdulillah..
Hari ini hari pertama aku memasuki Tingkatan 5 dan terpilih ke Tingkatan 5Sc1. Hari ini juga aku & rakan akan menerima keputusan peperiksaan Sijil Menengah Ugama yang diduduki pada tahun lepas. Dikhabarkan keputusan & slip keputusan peperiksaan berkenaan akan diserah tangan melalui bakal guru kelas Tingkatan 5.
Kami diarahkan untuk berkumpul dalam salah sebuah Makmal Sains sekolah sementara menunggu guru kelas membawa keputusan SMU dan mengumumkannya. Rupa2nya makmal ini akan menjadi kelas sementara kami untuk minggu ini memandangkan urusan susun atur kedudukan kelas baru bagi Tingkatan 5 masih belum selesai.
Kami semua menanti dalam makmal dengan berkira-kira siapakah yg bakal menjadi guru kelas kami.. tak lama kemudian, muncullah seorang guru perempuan bertudung labuh memberi salam.
''Assalamualaikum.. ini kelas 5Sc1?"
" Ye cikgu"
" Ok, alhamdulillah.. terima kasih.. saya guru kelas kamu.. Ustazah Hanishah Che Yusof''
Duppp.. jantungku berdetak kuat.. entah bagaimana ingatanku 4 tahun yg lalu tiba-tiba muncul.. entah bagaimana aku boleh ingat nama itu sedangkan sejak Abah ku menyebut namanya sekali sahaja tahun itu, Aku tidak pernah bertanya lagi memandangkan aku tidak begitu sungguh-sungguh untuk mencarinya sepanjang genap 4 tahun persekolahanku di sini... Ya, aku pasti, Ustazah inilah kawan Abah ku yg pernah diminta aku carikan selama ini.
"Seperti yang kalian semua maklum, hari ini saya akan umumkan keputusan peperiksaan SMU yang kamu ambil tahun lepas.. saya akan panggil nama mengikut abjad dalam senarai yang ada dengan saya ni, kamu boleh datang ke depan dan sekaligus bolehlah kita berkenalan.. boleh kan? '' .. lembut dan perlahan suara Ustazah itu walaupun tiada senyuman terukir di bibirnya..
" Mungkin Ustazah ini susah hendak senyum.. jika senyum pasti manis ...'' detik hatiku, berbaik sangka memandangkan beliau adalah kawan Abahku .. kawan Abahku pasti orang yg baik2..
Tiba-tiba ...
" Hasni Muniati binti Hassan ... datang ke depan, ambil keputusan peperiksaan kamu.. Ye, tahniah, kamu berjaya mendapat 6 Aggregate.. pelajar terbaik SMU 1998' .. Mabruk álaik'' ..
Aku bingkas bangun dengan yakin dan berfikir bagaimana harus aku perkenalkan diriku sebagai anak kepad Abah ku.. sesuaikah waktu ini untuk aku sampaikan pesanan Abah.. ingatkah dia akan Abah ku? Tidak ku sedar aku telah berada di hadapannya dan... sebuah senyuman terukir dari bibirnya terukir kepadaku .. wah.. manisnya..
Lantas terkeluar soalan dari mulutku .. ''Ustazah kenalkah ayah saya, Ustazah ni kawan ayah saya ke?'' Ish... apa yg kau tanya ni Atie.. terus terjah saje.. Tapi tanpa ku sangka dia bertanya kepadaku semula, "Enti anak Hassan, majistret kan? '' Tenang sahaja riak mukanya .. ohh.. adakah dia sudah kenal aku selama ini? Aku hanya mengangguk dan tersenyum :) "Sampaikan salam Ustazah kepada dia, dan tahniah sekali atas keputusan cemerlang Hasni .. saya pasti Abah kamu turut berbangga dengan keputusan ini." .. "Terima kasih Ustazah.. " .. sekali lagi kami berbalas senyuman..
Syukur ya Allah, Kau pertemukan kami dalam keadaan ini. Moga tahun 1999 ini membawa seribu makna dalam hidupku, dengan semangat yg utuh untuk aku hadapi SPM tahun ini...

Sunday, 1 January 1995
Ustazah itu ...
Hari ini hari pertama pendaftaran sekolah menengah. Ye, hari ini hari pertama aku memulakan alam sekolah menengah. Berbeza dgn sekolah2 kerajaan lain, sekolahku di bawah pengurusan Yayasan negeri. Jadi, aku dimasukkan ke kelas Peralihan 1 dan bukannya Tingkatan 1 seperti sekolah harian biasa lain. Abah yg membawaku untuk pendaftaran hari ini. Ramai sungguh kenalan sekolahnya dahulu yg turut sama-sama menghantar anak2 mereka.. bakal menjadi sahabat2 sekelasku nanti. Ada juga bekas gurunya yg mempunyai anak perempuan sebayaku.
Dalam kebingitan suasana hari ini dengan suara2 guru, ibu bapa & bakal rakan-rakan, Abah sempat menunjukkan satu kelas yg pernah menjadi kelasnya pada satu masa dahulu back to year 1968. Sekolah aku ini dahulunya sekolah campuran lelaki dan perempuan dan setelah beberapa tahun selepas itu pelajar lelaki diasingkan dan ditempatkan di sekolah lain yg baru siap dibina.
Abah sempat berpesan, "Kakak, ada kawan Abah yg merupakan guru di sekolah ini. Abah kurang pasti dia ajar subjek apa, tapi jika Kakak terjumpa dia, Kakak sampaikan salam Abah dan pekenalkan diri Kakak sebagai anak Abah ye .. Oh ya, namanya Hanishah "
Oh, guru perempuan rupanya kawan Abah itu.. Aku hanya mengangguk dan terus mengalih topik kepada persoalan yg lebih utama ketika itu, aku telah ditempatkan di kelas Peralihan 1-1 bersama-sama lebih kurang 40 orang pelajar lain. Penempatan adalah berdasarkan keputusan pra peperiksaan yang diadakan sebelum ini untuk menentukan kelayakan memasuki sekolah ini. Setakat yg aku dimaklumkan, terdapat 8 kelas Peralihan bagi tahun ini.

Subscribe to:
Posts (Atom)