Sunday 1 January 1995

Ustazah itu ...

Hari ini hari pertama pendaftaran sekolah menengah. Ye, hari ini hari pertama aku memulakan alam sekolah menengah. Berbeza dgn sekolah2 kerajaan lain, sekolahku di bawah pengurusan Yayasan negeri. Jadi, aku dimasukkan ke kelas Peralihan 1 dan bukannya Tingkatan 1 seperti sekolah harian biasa lain. Abah yg membawaku untuk pendaftaran hari ini. Ramai sungguh kenalan sekolahnya dahulu yg turut sama-sama menghantar anak2 mereka.. bakal menjadi sahabat2 sekelasku nanti. Ada juga bekas gurunya yg mempunyai anak perempuan sebayaku.

Dalam kebingitan suasana hari ini dengan suara2 guru, ibu bapa & bakal rakan-rakan, Abah sempat menunjukkan satu kelas yg pernah menjadi kelasnya pada satu masa dahulu back to year 1968. Sekolah aku ini dahulunya sekolah campuran lelaki dan perempuan dan setelah beberapa tahun selepas itu pelajar lelaki diasingkan dan ditempatkan di sekolah lain yg baru siap dibina.

Abah sempat berpesan, "Kakak, ada kawan Abah yg merupakan guru di sekolah ini. Abah kurang pasti dia ajar subjek apa, tapi jika Kakak terjumpa dia, Kakak sampaikan salam Abah dan pekenalkan diri Kakak sebagai anak Abah ye .. Oh ya, namanya Hanishah "

Oh, guru perempuan rupanya kawan Abah itu.. Aku hanya mengangguk dan terus mengalih topik kepada persoalan yg lebih utama ketika itu, aku telah ditempatkan di kelas Peralihan 1-1 bersama-sama lebih kurang 40 orang pelajar lain. Penempatan adalah berdasarkan keputusan pra peperiksaan yang diadakan sebelum ini untuk menentukan kelayakan memasuki sekolah ini. Setakat yg aku dimaklumkan, terdapat 8 kelas Peralihan bagi tahun ini.