Friday, 25 January 2013

Musibah 25.12.2012

Salam...

Hari ni baru menggagahkan diri utk menulis entry ni... setelah genap sebulan musibah ni menimpa.. Atie & suami terlibat dalam kemalangan kereta di Merapoh semasa dalam perjalanan pulang dari rumah mertua di Selayang setelah menghabiskan cuti di sana dan di Muar dari 20 Disember 2012...

Kejadian berlaku lebih kurang jam 11.30 pagi, 25 Disember 2012..




Atie yg duduk di seat co-pilot tu...
ini lawannya.. HILUX dari Pahang


pandangan depan our Honda City car.. berada di tengah2 jalan ketika kejadian, sebelum di'tow'.. bagai kertas direnyuk..
keadaan bonet kereta .. kelihatan buku2 berselerak.. buku2 tu semua yg kami borong di Big Bad Wolf pada 23.12.2012 (see this entry)
Keadaan lalu lintas slps accident ni sgtlah teruk menurut kata my cousin yg kebetulan ketika itu dlm pjlnan pulang dari kampung di Kelantan ke rumahnya di Subang Jaya.. dia x sangka apabila mendapat tahu berita ttg kemalangan yg menimpa kami, rupa2nya menjadi punca kesesakan..gambar ni dialah yg snap & sebarkan di fb group keluarga kami .. dia sempat melawat kami di Hosp Gua Musang ketika itu sebelum menguruskan 'towing' ke bengkel Merapoh dan mengambil segala barang, beg2, buku2 kami etc yg ada dlm kereta..

Antara gambar2 kereta di bengkel Merapoh..











Laluan dua hala Kelantan-KL hanya clear pada jam 4 petang disebabkan kemalangan ni.. kebetulan hari tu cuti Krismas so x hairanlah ramai yg dlm pjlnan pulang ke tmpt masing2..

Ambulans dari Merapoh tiba lbh kurang jam 12.30pm dan Atie dibawa ke Hosp Gua Musang.. Di sana X-ray dibuat dan mendapati tulang peha kiri Atie patah, kedua-dua belah tulang pinggul retak, 1st rib juga retak, ada luka koyakan kulit kepala sepanjang 20cm di sebelah kiri kepala serta tulang tengkuk C6 renggang.. Kepala Atie dibalut kemas2 dan dipakaikan neck collar, sebelum dihantar ke Hosp Kuala Krai lebih kurang jam 4.00 pm utk dirujuk..


menaiki ambulance utk dihantar ke Hosp Kuala Krai
Tiba di Hosp Kuala Krai lebih kurg jm 5.30pm..Atie merayu pd M.A ambulance utk tidak lagi memindahkan Atie dr stretcher sebelum memberitahu doktor yg suami Atie merupakan doktor di HUSM dan Atie minta utk dibawa ke sana.. Atie yg terpaksa memberitahu semua itu memandangkan suami Atie ketika itu seolah-olah mengalami gegaran otak yg kuat walaupun secara luarannya dia nmpk normal & bertindak spontan.. Setelah doktor dimaklumkan ttg hal itu, mereka membuat persiapan utk menghantar Atie ke HUSM Kubang Kerian dgn segera krn bimbang Atie kehilangan byk darah dr kepala dan kaki...

Alhamdulillah, lebih kurang jam 8.00 malam, Atie selamat tiba di kecemasan HUSM..


Atie di'scan' sekali lg sebelum admitted.. kelihatan my husband yg masih pening & exhausted dgn kejadian pagi itu
Setelah selesai 20 jahitan di kulit kepala, Atie dimasukkan ke Wad 4 Utara jam 1.30 pagi, 26.12.2012.. Atie hanya sedar keesokan paginya, rupa2nya Abah & Ummi tercinta yg menemani Atie sepanjang malam itu...