1. Bagi memulakan hari, elok rasanya bangun awal untuk buat solat sunat dan mohon keampunan dari Allah dan semoga dipermudahkan segala urusan pada hari itu. Jangan tak solat Subuh plak eh?….hehee..
2. Pagi atau malam berkenaan, jumpalah mak & ayah dan mohon restu, ampun dan juga doa dari mereka..sebabnya doa dari mereka lah yang lebih baik dari segalanya bagi kejayaan korang. Doa mereka lebih mahal dari wang ringgit..
3. Masa sikat rambut tu, cuba senyum sorang-sorang depan cermin dan tarik nafas panjang-panjang untuk dapatkan confident masa pagi-pagi..ceriakan mood korang tu dengan senyum je sepanjang pagi tu..jgn le senyum je sampai tak tutup-tutup mulut plak ye? ;p
4. Jangan pikir banyak, check peralatan korang cukup ke tak pada malam tu sebagai preparation..
5. Mulakan langkah keluar rumah dengan bacaan doa dan bismillah..mohon kepadaNya segala rahmat dan petunjuk dan moga diterangkan hati korang tu nanti dan selamat sewaktu perjalanan ke sekolah.
6. Sampai kat sekolah, jangan plak korang sembang lebih dan gelak-gelak lebih..sebab nanti takut korang akan lupa apa yang korang dah ada dalam kepala tu nanti sebab seronok sangat..tak salah sembang..tapi jgn le sampai lupa korang kena masuk dewan pukul berapa..:D
7. Tengok sepintas lalu nota-nota kaki sebagai refreshment atau untuk bacaan santai korang..baca sepintas lalu je..jangan duk hafal apa yang korang dah faham tu..
8. Mulakan dengan bismillah masa masuk ke dewan peperiksaan ye dan melangkah dengan tenang. Ikut je arahan penjaga peperiksaan masa tu dan jangan gabra sangat..:D
9.Jangan meniru masa exam..amat tak best kalau
korang ditangkap..sia-sia je korang belajar selama ni tau..
"Dan, apa sahaja nikmat yang ada pada kamu, maka dari ALLAH-lah datangnya"
Jawapan kpd Soalan:
1. Cari satu gambar yg bersesuaian menggambarkan quote yg anda buat
Atie pilih gambar ini:
2. Kenapa anda pilih Quote tu ?
Quote di atas adalah dari kitab suci kita, Al-Qur'an Al-Kareem yg penuh dgn kata-kata cinta kepada kita iaitu hamba-hambaNya. Dipetik dari Surah An-Nahl, ayat 53.
Diri ini ingin sentiasa mendidik hati agar berterusan mencintai Allah SWT, yang lebih dulu mencintai kita dari segala-galanya, mencipta kita dgn sebaik-baik ciptaan, menjadikan Islam sbg Ad-Deen kita, menjadikan kita ummat Nabi Muhammad SAW yg merupakan ummat drpd Rasul yangterulung dari kalangan Rasul-rasul, mengajar kita erti cinta dgn mengurniakan ibu bapa & keluarga yg menyayangi kita, membimbing kehidupan kita dgn menyampaikan aya-ayat suci Al-Qur'an melalui kekasihNya, Muhammad SAW dan menjanjikan syurga yg kekal abadi utk dinikmati oleh hambaNya yg mencintaiNya lebih drpd segala-galanya.
3. Utk siapa Quote tu ditujukan?
Tak lain dan tak bukan, the One & Only, my secret admirer dari dulu, kini & selamanya, ALLAH Subhanahu wa-Ta'ala
4. Apa pandangan anda tentang Cinta Sejati?
Tanda cintakan ALLAH adalah cintakan al-Qur'an
Tanda cintakan al-Qur'an adalah cintakan Rasulullah SAW
Tanda cintakan Rasulullah SAW adalah cintakan sunnah Baginda
Tanda cintakan sunnah Rasulullah SAW adalah cintakan akhirat
Tanda cintakan akhirat adalah tidak cintakan diri sendiri melebihi cinta kepada Allah
Tanda tidak cintakan diri sendiri adalah dengan membenci dunia yg tidak kekal
Tanda membenci dunia yg fana' adalah dengan tidak mengambil apa-apa drpd bahagian dunia melainkan sekadar yg mencukupi utk bekalan akhirat
~ Sahl bin Abdullah ~
صَبِيًّا فِى السَّبِيِّ أَخَذَتْهُ فَاَلْصَقَتْهُ بِبَطْنِهَا وَأَرْضَعَتْهُ
فَقَالَ لَنَا رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم أَتَرَوْنَ هَذِهِ اْلمَرْأَةَ
طَارِحَةً وَلَدَهَا فِى النَّارِ قُلْنَا لاَ وَاللهِ وَهِيَ تَقْدِرُ عَلَى أَنْ
تَطْرَحَهُ فَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم اَللهُ اَرْحَمُ مِنْ هَذِهِ
بِوَلَدِهَا
Dari Umar bin al Khattab RA berkata: “Bahawa
beliau datang menghadap Rasulullah SAW dengan membawa beberapa orang tawanan. Di
antara para tawanan itu terlihat seorang wanita sedang mencari-cari, lalu ketika
ia mendapatkan seorang anak di antara tawanan tersebut, dia langsung mengambil
anak itu lalu memeluknya ke perut untuk disusui. Lalu Rasulullah SAW berkata
kepada kami: Bagaimana pendapat kamu sekalian, apakah wanita ini akan
melemparkan anaknya ke dalam api? Kami menjawab: Tidak, demi ALLAH, sedangkan
dia mampu untuk tidak melemparnya. Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya ALLAH
lebih mengasihi hamba-NYA daripada wanita ini terhadap anaknya.”(Hadis Riwayat
Muslim)
Ya, Allah sayang kita…
Kerana sayang, Allah selamatkan kita daripada terjatuh ke dalam paya-paya, lumpur-lumpur jahiliyah yang dalam lagi kotor.
Kerana sayang, Allah memberi kita merasai betapa manisnya nikmat Islam sebenar. Kerana sayang juga, Allah selalu membantu kita bila kita ada masalah..
Sayang Allah kepada hambaNya sangat-sangat besar, lagi besar dari sayang seorang ibu kepada anaknya.
“Rahmat (kasih sayang)-Ku meliputi segala sesuatu.”
(Al-A’raf:156)
Kalau difikirkan, sungguh aneh dan pelikkan tuan kepada seorang hamba begitu sayang dan cinta kepada hambaNya, tetapi hambaNya langsung tiada rasa sayang dan cinta pada tuannya. Allah terlalu sayang kepada kita, kepada hamba-hambanya, pelbagai nikmat yang dianugerahkan kepada kita, tapi adakah kita betul-betul sayang kepada Allah?
Apa bukti kita sayang kepada Allah?
Jika pada manusia, kita mampu belikan hadiah semahalnya untuk diberikan sebagai penghargaan kepadanya. Namun pada Allah, mahar apa yang perlu kita persembahkan padaNya sebagai hamba….jawapan itu ada pada kita.
Ada pada setiap tutur zikir kita, pada setiap rakaat solat kita, pada bait2 doa kita, pada anggota2 kita yang mensyukuri nikmat2 kurniaan Allah.
Allah tidak akan meminta apa2 daripada hambaNya bahkan Allah lah pemberi segala2nya kepada hambaNya…
Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang
dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya.
Kami tidak meminta rezeki kepadamu,
(bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu
dan (ingatlah) kesudahan yang baik
adalah bagi orang-orang yang bertakwa.
(Surah Taha; 20:132)
Bagaimana pula cara kita menyayangi Allah?
Saya pasti setiap yang membaca ini adalah anak kepada setiap ibu2 di luar sana. Bagaimana kita menyayangi ibu kita, menyayangi adikberadik kita?
Kasih sayang untuk Allah patut dizahirkan lebih daripada kita menyayangi makhluk ciptaanNya.
Bangunlah malam berqiamullail. Saat itu Allah menanti hambaNya untuk tunduk sujud padaNya.
Berzikirlah memujiNya.
Namun, sebagai manusia yang hina lagi dina ini,
Adakah kita sentiasa mensyukuri segala nikmat-nikmat yang Allah kurniakan kepada kita?
Adakah kita benar-benar melaksanakan tugasan-tugasan yang Allah berikan kepada kita dengan sempurna? (51:56) dan (2:30)
Tepuk dada, Tanya iman mu
Tanyakan kepada diri kita, tanyakan pada hati kita, apa yang telah kita lakukan untuk menunjukkan kita sayang dan cinta kepada Allah. Kadang-kadang kita sangat mudah melafazkan dengan lidah yang kita sangat mencintai Allah, sangat menyayang Allah, tapi buktinya, secara perbuatannya adakah ia membenarkan apa yang telah kita lafazkan?
Mari kita mengenal Allah melalui ASMA'UL HUSNA...nama-namaNya yg amat indah...
Kasih sayang Allah itu merangkumi segenap langit dan bumi.
Sebagaimana kita lihat seekor haiwan yang tidak punya akal boleh kasih dan sayang pada anaknya yang baru lahir, inikan kita pula manusia, pasti kasih dan sayang yang terzahir jauh lebih hebat dari haiwan itu pada anaknya, namun sedarlah manusia, bahawa apa yang engkau zahirkan itu hanya 1% daripada 99% peratus kasih sayang Allah pada hamba2Nya…Allah jauh lebih Hebat..jauh lebih Penyayang…
Renung-renungkanlah…
Di manakah Allah dalam hari2 kita?
Di manakah kasih sayang kita pada Allah dalam hati kita?
Renungkan kata-kata ini:
* Cinta dan kasih sayang manusia hanyalah setitis jika dibandingkan degan selaut cinta dan kasih sayang Allah. Sekiranya engkau kehilangan yang setitis itu, ia tidak akan menjejaskan kehidupanmu selagi yang selaut itu masih engkau miliki *
* Manusia pasti akan mati, maka cinta kepada manusia pasti akan mati. Tetapi Allah tidak mati, maka cinta kepada Allah juga tidak pernah mati. Cintanya akan terus terbawa hingga ke akhirat. Cintailah Allah kerana Dia tidak akan pernah meninggalkan kita *
* A woman's heart should be so lost in Allah, so man needs to seek Him in order to find her *
Kerja saya membersihkan timbunan sampah yg manusia buang
Satu hari, saya terjumpa Eve dan terus suka kepadanya
Saya telah memberikan Eve satu-satunya pohon yg masih hidup di Bumi
.
.
.
.
.
oppp..terlebih 30 patah perkataan ;p to be continued ye kawan2..
siapa yg ingin tahu kisah selanjutnya, tontonilah karakter kartun yg Atie minat ni dlm filem
"WALL-E"
p/s: ini sinopsis cerita serba sedikit ;p
The movie is about WALL-E,
the last robot left on Earth after the humans abandoned the planet because life was unsustainable.
He sticks to his daily routine of compacting garbage on the ground into square boxes, but in the comfort of his home, he enjoys watching movies and slow-dancing.
WALL-E is alone on Earth, apart from a friendly cockroach.
One day, WALL-E finds something rare, a living plant growing in the ground.
A few days later, a newer robot named EVE arrives on Earth seeking out proof that life on the planet would again be possible.
WALL-E meets EVE and feels strongly for her--he is a robot capable of feeling emotion. WALL-E decides to show EVE the plant and she automatically confiscates it.
When a ship comes down to Earth to evaluate EVE's findings, WALL-E climbs on board and follows her. The ship takes them to the Axiom where all the humans are. The humans are overweight and lazy because they just sit in chairs and let technology fulfill their basic needs for them.
EVE's plant is analyzed and the captain of the Axion insists that human life is again possible on Earth. The ship's autopilot ignores the captain and prevents him from directing the ship towards Earth. The autopilot also tries to get rid of WALL-E and the plant evidence.
Eventually, the captain gains full control of the ship, deactivates the autopilot, and returns to Earth. The humans finally get out of their chairs and learn to live on their own again. The humans and robots then help restore Earth and together make life on Earth sustainable once again.