Wednesday, 22 February 2012

Info Agama: Cara Mendukung Bayi Ketika Solat

CARA MENDUKUNG BAYI KETIKA SOLAT

1. Adalah baik sebelum itu, bayi yang mahu dikendong terlebih dahulu dibersihkan daripada segala najis (maknanya,... tukarkan dahulu dengan lampin @ pampers yang bersih)

2. Memulakan niat solat seperti biasa sambil mengendong bayi

3. Tangan tidak perlu diangkat ketika takbir dah tidak perlu diletakkan di atas dada, kerana hukum mengangkat tangan dan meletakkannya di atas dada hanyalah sunat
bacalah apa sahaja yang perlu dibaca dalam keadaan berdiri

4. Lalu rukuk dengan tangan memegang erat bayi tersebut, tidak perlu meletakkan tangan di atas lutut kalau tidak dapat melakukannya

5. Semasa mahu sujud, letakkan bayi itu dan kemudian diDUKUNG kembali apabila mahu bangkit ke rakaat seterusnya

6. Laksanakan seperti itu hingga solat selesai


No comments:

Post a Comment