Thursday, 9 February 2012

Sumber Inspirasiku/ Idolaku



 Idola Atie adalah...

ABAH
my own father

Ummi sgt beruntung mendapat Abah sebagai suaminya ;p

Dia adalah hero dlm hidup Atie... ciri2 yg ada pada Abah lah yg Atie cari semasa proses 'pencarian jodoh' aritu hehe... Alhamdulillah dapat kot...
Kita sbg anak perempuan ni, of course la ayah kita merupakan 1st man in our life kan? Antara kriteria yg Abah miliki yg Atie begitu adore about him:

* namanya sendiri HASSAN, membawa makna orang yg membuat kebaikan..and of course he always does :) raut muka Abah sgt menenangkan & mendamaikan....mampu membuat Atie menangis setiap kali terkenangkan beliau... sgt rindu saat2 bersama sebelum bergelar isteri orang...

Abah bersama bapa mertuaku...ketika Atie selesai dinikahkan 
di Masjid Putra, Putrajaya, tahun 2008


* dia selalu mendorong kami menuntut ilmu di dunia sebanyak yg mampu sbg panduan hidup...dia sendiri membuktikan kejayaannya utk tatapan anak2 dgn memperoleh ijazah kedoktoran (Ph.D) pada tahun 2005 di UM dalam bidang Undang-undang

Abah yg sporting di samping Ummi tersayang ;p


he is always there for us...menghantar & mengambil sendiri kami dari sekolah (walaupun mempunyai personal driver).. dia ingin melihat kami adik-beradik membesar di hadapan matanya

"Keluaga Sakinah" insyaAllah....

 * dia selalu mengimami solat kami sejak kami diajar bersolat..kemudian dia akan menyampaikan tazkirah antara Maghrib & Isya.. walaupun dia seorang Hakim di sebuah Mahkamah Tinggi, tp dia mendapat pendidikan di Maahad Muhammadi & dia menguasai Bahasa Arab hingga menjadi pendebat Bahasa Arab di zaman sekolahnya. Ummi mengenali beliau ketika beliau memasuki pertandingan debat Bahasa Arab di Pekan, Pahang & juga KISAS.



* dialah yg byk mengajar kami Bahasa Arab..he's the best Arabic teacher for us until now..cita2 nya dulu ingin menjadi Pensyarah Bahasa Arab ttp mengambil jurusan Undang2 di UM pada tahun 1975-1979 krn menurut permintaan ibu bapanya. Abah adalah orang pertama di kampungnya yg berjaya memasuki Universiti walaupun keluarganya susah, ibunya guru Al-Qur'an manakala ayahnya bekerja dgn JKR, membuat jalan... rasa sungguh bertuah dpt mempelajari bahasa syurga melalui didikan Abah..

dari kanan: Abah, Angah, Natrah (my colleague) & Atie
Abah masih menemaniku ke airport, menghantarku pulang ke tempat kerja di Kota Kinabalu, Sabah, di usia ku 24 tahun...mmg akan Abah dirindui selalu kerana sentiasa memanjakan aku ;p

* Abah sgt suka membaca...dialah yg selalu teman Atie belajar & stay up.. selalu tgk dia bangun solat malam ketika Atie nk mula ulangkaji pelajaran jam 3 pagi... sudah menjadi rutin beliau menunaikan solat dhuha & solat istikharah di pejabatnya... dialah yg mengajar Atie bahawa waktu dhuha itulah rezeki diturunkan, maka rugilah mereka yg masih belum bangkit dari tidur... solat istikharah pula beliau lakukan sebelum apa2 keputusan penghakiman dijatuhkan kepada tertuduh... pernah ditanya 'best ke jadi Hakim?', Abah menjawab satu tanggungan yg amat berat perlu dipikul di akhirat kelak jika tidak berlaku adil... menurutnya, hanya seorang hakim yg akan masuk syurga daripada 3 org hakim... Ya Allah, Atie doakan Abah adalah dlm kalangan hakim yg memperoleh syurga itu..

menziarahi saudara di kampung

* Abah selalu berpesan utk membuat sesuatu secara berjemaah...sgt enjoy bila dpt makan ramai2, sembahyang sama2, berkelah sama2...



* dia sendiri yg menikahkan Atie dan tak lupa membaca doa dlm majlis berkenaan hingga menangis gembira...




Semoga hidup Abah & Ummi diberkati Allah hingga ke akhirat... Kami anak2 mungkin tidak mampu membalas jasa2 kalian...insyaAllah doa2 kami menjadi bekalan kalian di akhirat..doa drpd anak2mu yg soleh & solehah insyaAllah....

**********

Hadiah akan diberikan kepada 3 pemenang bertuah

dan pemenang akan di nilai dari semua aspek :)


Senarai hadiah

1. Something dari Bandung by kiddie

2. Header dan cursor nama atau cursor gambar by putry

3. Cursor nama atau cursor gambar by putry

-----
-----

2 comments:

  1. HASNI, rasa macam nak jadikan bapa ko idola aku gak. bole tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Slm..hehe ;p setiap org perlulah ada idola yg mencerminkan keperibadiaan Rasulullah SAW, walaupun x mungkin 100% tetapi yg memperjuangkan sunnahnya :) yg baik kita ikut, yg kurang baik kita elakkan :)

      Delete