Saturday, 11 February 2012

Tazkirah: Cinta Masjid oleh Ust Don Daniyal

Salam...
Entry ni Atie tulis sambil menonton rancangan Cinta Masjid di TV Al-Hijrah, disampaikan oleh Ust Don Daniyal Don Biyajid. Dinner mlm ni, Pizza Hut delivery yg hubby order tadi hehe...Hawaiian Chicken & Island Supreme...

Antara yg disampaikan dlm kuliah ni...

------------------------------
Adab-adab dlm Masjid:
------------------------------

1. Memasuki masjid dgn dimulai langkah kaki kanan sambil membaca doa masuk masjid


~ Atie di hadapan Masjid Quba' ~
2. Menunaikan solat sunat Tahiyyatul-Masjid 2 rakaat sebelum duduk

Solat Sunat Tahiyatul Masjid ialah solat sunat mu’akkad ‘selamat datang’ bagi menghormati masjid yang dilakukan sebanyak dua rakaat sebaik sahaja memasuki masjid, iaitu sebelum seseorang itu duduk atau melakukan sesuatu yang lain.

Sabda Rasulullah SAW: “Apabila salah seorang di antara kamu mendatangi/memasuki masjid, maka janganlah duduk sebelum mengerjakan solat dua rakaat.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari, Muslim)

Dalam sebuah riwayat yang lain disebutkan, “Jika salah seorang di antara kamu memasuki masjid, hendaklah dia tidak duduk hingga mengerjakan solat dua rakaat.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari)


Tujuan Tahiyyatul-Masjid

* Sebagai cara memuliakan masjid yang merupakan rumah Allah.
* Memupuk sifat rendah diri dan beradab semasa berada di dalam masjid.
* Menggalakkan umat Islam mendapat pahala berganda ketika di masjid.

Cara-cara Solat Tahiyyatul-Masjid

a) Berniat


b) Bacaan surah selepas Al-Fatihah:
Raka’at pertama – Al-Kaafiruun
Raka’at kedua – Al-Ikhlaas

(c) Zikir Selepas Solat Sunat Tahiyatul Masjid
Bacalah 100 kali:


(d) Selepas itu berzikirlah lagi dengan lain-lain Istighfar, tasbih, tahmid, tahlil atau sesuatu zikir sehingga sampai mendengar azan.

Fadilat
1) Melatih masyarakat ke arah meningkatkan ketakwaan kepada Allah.
2)  Memperolehi pahala yang berlipat ganda.
3)  Dapat meningkatkan ketenangan jiwa dan perasaan.
Ulama hadis terkemuka, Sufyan at-Tsauri menyatakan, di antara perkara yang termasuk dalam perkara sia-sia ialah apabila seseorang itu masuk ke dalam masjid, kemudian dia keluar kembali dari masjid tanpa mengerjakan Solat Sunat Tahiyatul Masjid.

Permasalahan Solat Sunat Tahiyatul Masjid

1) Jika seseorang itu telah masuk masjid dan terus duduk dengan sengaja, maka tiada lagi Solat Sunat Tahiyatul Masjid baginya.

2) Jika duduk itu dengan terlupa ada 2 keadaan.

a. Terlupa yang sekejap kemudian ingat kembali, maka dibolehkan bangun dan terus solat.
b. Jika terlupa yang panjang waktunya, kemudian teringat, tiadalah lagi dibolehkan bangun bersolat.

3) Sekiranya masuk masjid dan didapati azan sedang berkumandang, maka perlulah menjawab azan tersebut sambil berdiri, kemudian melakukan solat sunat Rawatib yang dikira sudah memadai sebagai memenuhi tuntutan Solat Sunat Tahiyatul Masjid.

4) Apabila masuk masjid, khatib sedang berkhutbah atau majlis ilmu sedang dijalankan, hendaklah mengerjakan solat Tahiyatul Masjid dua rakaat, sebelum duduk. Solat tersebut hendaklah dilakukan secara ringkas dengan mengambil yang wajib sahaja. Malah Rasulullah SAW pernah menegur orang yang masuk ke masjid kerana tidak Solat Sunat Tahiyatul Masjid sewaktu khutbah jumaat dijalankan.

Dari Jabir bin ‘Abdillah r.a., dia menyatakan: Sulaik al-Ghifani pernah datang pada hari Jumaat ketika Rasulullah SAW sedang menyampaikan khutbah lalu dia terus duduk. Beliau SAW pun berkata kepadanya:




“Wahai Sulaik, berdiri dan ruku’lah dua rakaat serta pendekkanlah dalam melaksanakannya.” Kemudian beliau bersabda: “Jika salah seorang di antara kamu datang pada hari Jumaat ketika imam sedang berkhutbah, hendaklah dia mengerjakan solat dua rakaat dengan seringkasnya.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari)

5) Orang yang tidak dapat mengerjakan Solat Sunat Tahiyatul Masjid disebabkan sudah dimulakan solat jemaah atau dia telah duduk atau dia sekadar masuk sebentar untuk sesuatu keperluan, maka dianjurkan membaca 3 kali: ‘Subhanallah Walhamdulillah Walailahailallah Wallahu Akbar.’

Dari Abu Hurairah r.a., Nabi SAWbersabda:
Jika iqamah solat sudah dikumandangkan, tidak ada solat lagi, kecuali solat wajib.”
(Hadis Riwayat Muslim)
6) Tiada tuntutan untuk Solat Sunat Tahiyatul Masjid di luar masjid, contohnya di padang atau kaki lima. Sekiranya datang sewaktu imam berkhutbah, kena duduk diam mendengar khutbah. Jika tiba sebelum imam memberi khutbah dan selepas azan pertama, maka boleh solat sunat qabliyah Jumaat.

3. Berniat 'itikaf



Definisi I’tikaf

Para ulama mendefinisikan i’tikaf sebagai berdiam atau tinggal di masjid dengan adab-adab tertentu, pada masa tertentu dengan niat ibadah dan taqorrub (mendekatkan diri) kepada Allah SWT.

Ibnu Hazm berkata:
I’tikaf adalah berdiam di masjid dengan niat taqorrub kepada Allah SWT pada waktu tertentu pada siang atau malam hari.
(al Muhalla V/179)

Hukum I’tikaf

Para ulama telah berijma’ bahawa i’tikaf khususnya 10 hari terakhir bulan Ramadhan merupakan suatu ibadah yang disyariatkan dan disunnatkan oleh Rasulullah SAW. Rasulullah SAW sendiri sentiasa beri’tikaf pada bulan Ramadhan selama 10 hari.

A’isyah, Ibnu Umar dan Anas ra meriwayatkan:
“Adalah Rasulullah SAW beri’tikaf pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan”
(HR. Bukhari & Muslim)

Hal ini dilakukan oleh beliau hingga wafat, kecuali pada tahun wafatnya beliau beri’tikaf selama 20 hari. Demikian halnya para sahabat dan isteri beliau sentiasa melaksanakan ibadah yang amat agung ini.

Imam Ahmad berkata:
“Sepengetahuan saya tak seorang pun ulama mengatakan i’tikaf bukan sunnat.”

Fadhilah (keutamaan) I’tikaf

Abu Daud pernah bertanya kepada Imam Ahmad: Tahukan anda hadith yang menunjukkan keutamaan I’tikaf? Ahmad menjawab : Tidak, kecuali hadith lemah. Namun demikian tidaklah mengurangi nilai ibadah I’tikaf itu sendiri sebagai taqorrub kepada Allah SWT. Dan cukuplah keutamaannya bahawa Rasulullah SAW, para shahabat, para isteri Rasulullah SAW dan para ulama’ salafus soleh sentiasa melakukan ibadah ini.


Jenis I’tikaf

I’tikaf yang disyariatkan ada dua jenis; satu sunnah, dan dua wajib. I’tikaf sunnah yaitu yang dilakukan secara sukarela semata-mata untuk bertaqorrub kepada Allah SWT seperti i’tikaf 10 hari terakhir bulan Ramadhan. Dan I’tikaf wajib iaitu yang didahului dengan nadzar (janji), seperti : “Kalau Allah SWT menyembuhkan sakitku ini, maka aku akan beri’tikaf.

Waktu I’tikaf

Untuk i’tikaf wajib tergantung pada berapa lama waktu yang dinadzarkan , sedangkan i’tikaf sunnah tidak ada batasan waktu tertentu. Boleh saja dilakukan pada malam atau siang hari, waktunya juga boleh lama dan juga boleh singkat.

Ya’la bin Umayyah berkata:
" Sesungguhnya aku berdiam satu jam di masjid tak lain hanya untuk i’tikaf".

Syarat-syarat I’tikaf

Orang yang i’tikaf harus memenuhi kriteria-kriteria sebagai berikut :
1. Muslim.
2. Berakal
3. Suci dari janabah (junub), haidh dan nifas.

Oleh karena itu i’tikaf tidak diperbolehkan bagi orang kafir, anak yang belum mumaiyiz (mampu membedakan), orang junub, wanita haidh dan nifas.

Rukun-rukun I’tikaf

1. Niat (QS. Al-Bayyinah : 5), (HR: Bukhori & Muslim tentang niat)
2. Berdiam di masjid (QS. Al-Baqarah : 187)

Di sini ada dua pendapat ulama tentang masjid tempat i’tikaf . Sebahagian ulama membolehkan i’tikaf di setiap masjid yang digunakan untuk solat berjama’ah lima waktu. Ini kerana untuk menghindari seringnya keluar masjid dan untuk menjaga pelaksanaan solat jama’ah setiap waktu.

Ulama lain mensyaratkan agar i’tikaf itu dilaksanakan di masjid yang digunakan unutk solat Jumaat, sehingga orang yang i’tikaf tidak perlu meninggalkan tempat i’tikafnya menuju masjid lain untuk solat Jumaat. Pendapat ini dikuatkan oleh para ulama Syafi’iyah bahawa yang afdhal iaitu i’tikaf di masjid jami’, kerana Rasulullah SAW i’tikaf di masjid jami’. Lebih afdhal di tiga masjid iaitu Masjid al-Haram, Masjid Nabawi, dan Masjid al-Aqsa.

Tempoh I’tikaf

Khusus i’tikaf Ramadhan waktunya dimulai sebelum terbenam matahari malam ke-21.

Sebagaimana sabda Rasulullah SAW:
"Barangsiapa yang ingin i’tikaf dengan ku, hendaklah ia beri’tikaf pada 10 hari terakhir Ramadhan"
(HR. Bukhari) 

10 (sepuluh) disini adalah jumlah malam, sedangkan malam pertama dari sepuluh itu adalah malam ke 21 atau 20.

Manakala berakhirnya waktu i'tikaf, jika i’tikaf dilakukan pada 10 malam terakhir, maka berakhirnya itikaf adalah setelah terbenam matahari, hari terakhir bulan Ramadhan. Akan tetapi beberapa kalangan ulama mengatakan yang lebih mustahab (disenangi) adalah menunggu sampai solat Eid.

Sunnah ketika i’tikaf

Disunnahkan agar orang yang i’tikaf memperbanyak ibadah dan taqorrub kepada Allah SWT , seperti shalat, membaca al-Qur’an, tasbih, tahmid, tahlil, takbir, istighfar, shalawat kepada Nabi SAW, do’a dan sebagainya. Termasuk juga didalamnya pengajian, ceramah, ta’lim, diskusi ilmiah, tela’ah buku tafsir, hadits, sirah dan sebagainya. Namun demikian yang menjadi  keutamaan adalah ibadah-ibadah mahdhah. Bahkan sebagian ulama meninggalkan segala aktiviti ilmiah lainnya dan berkonsentrasi penuh pada ibadah-ibadah mahdhah.

~ membaca Al-Qur'an dlm Masjidil-Haraam ~
Hal-hal yang dibolehkan bagi mu’takif (orang yang beri’tikaf)

1. Keluar dari tempat i’tikaf untuk menghantar isteri, sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW terhadap isterinya Shofiyah ra. (HR. Riwayat Bukhari & Muslim)
2. Menyisir atau mencukur rambut, memotong kuku, membersihkan tubuh dari kotoran dan bau badan.
3. Keluar dari tempat keperluan yang harus dipenuhi, seperti membuang air besar dan kecil, makan, minum (jika tidak ada yang menghantarkannya), dan segala sesuatu yang tidak mungkin dilakukan di masjid. Tetapi ia harus segera kembali setelah menyelesaikan keperluannya .
4. Makan, minum, dan tidur di masjid dengan sentiasa menjaga kesucian dan kebersihan masjid.

Perkara yang membatalkan I’tikaf

1. Meninggalkan masjid dengan sengaja tanpa keperluan, meskipun sebentar, kerana meninggalkan salah satu rukun i’tikaf yaitu berdiam di masjid.
2. Murtad (keluar dari agama Islam) (QS. 39: 65)
3. Hilangnya akal, kerana gila atau mabuk
4. Haidh
5. Nifas
6. Berjima’ (bersetubuh dengan isteri) (QS. 2: 187).
Akan tetapi memegang tanpa syahwat, tidak apa-apa sebagaimana yang dilakukan Nabi dengan isteri- isterinya.
7. Pergi solat Jumaat (bagi mereka yang beri’tikaf di musalla yang tidak digunakan untuk solat Jumaat)

I’tikaf bagi Muslimah



I’tikaf disunnahkan bagi wanita sebagaimana disunnahkan bagi lelaki. Selain syarat-syarat yang disebutkan tadi, i’tikaf bagi kaum wanita harus memenuhi syarat-syarat lain:
1. Mendapat izin suami atau orang tua. Hal itu disebabkan kerana ketinggian hak suami bagi isteri yang wajib ditaati, dan juga untuk menghindari fitnah yang mungkin terjadi.
2. Agar tempat i’tikaf wanita memenuhi kriteria syari’at.

Kita telah mengetahui bahawa salah satu rukun atau syarat i’tikaf adalah masjid. Untuk kaum wanita, ulama sedikit berbeza pendapat tentang masjid yang dapat digunakan oleh wanita beri’tikaf. Tetapi yang lebih afdhal- wallahu ‘alam- ialah tempat solat di rumahnya. Oleh kerana bagi wanita tempat solat di rumahnya lebih afdhal dari masjid wilayahnya. Dan masjid di wilayahnya lebih afdhal dari masjid raya. Selain itu lebih seiring dengan tujuan umum syari’at Islamiyah, untuk menghindarkan wanita semaksima mungkin dari tempat keramaian kaum lelaki, seperti tempat ibadah di masjid. Itulah sebabnya wanita tidak diwajibkan solat Jumaat dan solat jama’ah di masjid. Dan seandainya ke masjid ia harus berada di belakang. Kalau demikian, maka i’tikaf yang memerlukan waktu lama di masjid, seperti tidur, makan, minum, dan sebagainya lebih dipertimbangkan. Ini tidak bererti i’tikaf bagi wanita tidak dibolehkan di masjid. Wanita boleh saja i’tikaf di masjid dan bahkan lebih afdhal apabila masjid tersebut berhampiran dengan rumahnya, jama’ahnya hanya wanita, terdapat tempat buang air dan bilik mandi khusus dan sebagainya. Wallahu ‘alam.
4. Memakai pakaian yg sesuai, menutup aurat & cantik - macam pakaian hari raya ;p
- elakkan berpakaian yang bertulisan terutamanya di bahagian belakang, bergambar yg menarik perhatian etc.

5. Jaga kebersihan masjid

* Masjid berasal dari perkataan "Sajada" maknanya 'bersujud'. Jadi "masjid" bermaksud 'tempat sujud'

Thursday, 9 February 2012

Sumber Inspirasiku/ Idolaku



 Idola Atie adalah...

ABAH
my own father

Ummi sgt beruntung mendapat Abah sebagai suaminya ;p

Dia adalah hero dlm hidup Atie... ciri2 yg ada pada Abah lah yg Atie cari semasa proses 'pencarian jodoh' aritu hehe... Alhamdulillah dapat kot...
Kita sbg anak perempuan ni, of course la ayah kita merupakan 1st man in our life kan? Antara kriteria yg Abah miliki yg Atie begitu adore about him:

* namanya sendiri HASSAN, membawa makna orang yg membuat kebaikan..and of course he always does :) raut muka Abah sgt menenangkan & mendamaikan....mampu membuat Atie menangis setiap kali terkenangkan beliau... sgt rindu saat2 bersama sebelum bergelar isteri orang...

Abah bersama bapa mertuaku...ketika Atie selesai dinikahkan 
di Masjid Putra, Putrajaya, tahun 2008


* dia selalu mendorong kami menuntut ilmu di dunia sebanyak yg mampu sbg panduan hidup...dia sendiri membuktikan kejayaannya utk tatapan anak2 dgn memperoleh ijazah kedoktoran (Ph.D) pada tahun 2005 di UM dalam bidang Undang-undang

Abah yg sporting di samping Ummi tersayang ;p


he is always there for us...menghantar & mengambil sendiri kami dari sekolah (walaupun mempunyai personal driver).. dia ingin melihat kami adik-beradik membesar di hadapan matanya

"Keluaga Sakinah" insyaAllah....

 * dia selalu mengimami solat kami sejak kami diajar bersolat..kemudian dia akan menyampaikan tazkirah antara Maghrib & Isya.. walaupun dia seorang Hakim di sebuah Mahkamah Tinggi, tp dia mendapat pendidikan di Maahad Muhammadi & dia menguasai Bahasa Arab hingga menjadi pendebat Bahasa Arab di zaman sekolahnya. Ummi mengenali beliau ketika beliau memasuki pertandingan debat Bahasa Arab di Pekan, Pahang & juga KISAS.



* dialah yg byk mengajar kami Bahasa Arab..he's the best Arabic teacher for us until now..cita2 nya dulu ingin menjadi Pensyarah Bahasa Arab ttp mengambil jurusan Undang2 di UM pada tahun 1975-1979 krn menurut permintaan ibu bapanya. Abah adalah orang pertama di kampungnya yg berjaya memasuki Universiti walaupun keluarganya susah, ibunya guru Al-Qur'an manakala ayahnya bekerja dgn JKR, membuat jalan... rasa sungguh bertuah dpt mempelajari bahasa syurga melalui didikan Abah..

dari kanan: Abah, Angah, Natrah (my colleague) & Atie
Abah masih menemaniku ke airport, menghantarku pulang ke tempat kerja di Kota Kinabalu, Sabah, di usia ku 24 tahun...mmg akan Abah dirindui selalu kerana sentiasa memanjakan aku ;p

* Abah sgt suka membaca...dialah yg selalu teman Atie belajar & stay up.. selalu tgk dia bangun solat malam ketika Atie nk mula ulangkaji pelajaran jam 3 pagi... sudah menjadi rutin beliau menunaikan solat dhuha & solat istikharah di pejabatnya... dialah yg mengajar Atie bahawa waktu dhuha itulah rezeki diturunkan, maka rugilah mereka yg masih belum bangkit dari tidur... solat istikharah pula beliau lakukan sebelum apa2 keputusan penghakiman dijatuhkan kepada tertuduh... pernah ditanya 'best ke jadi Hakim?', Abah menjawab satu tanggungan yg amat berat perlu dipikul di akhirat kelak jika tidak berlaku adil... menurutnya, hanya seorang hakim yg akan masuk syurga daripada 3 org hakim... Ya Allah, Atie doakan Abah adalah dlm kalangan hakim yg memperoleh syurga itu..

menziarahi saudara di kampung

* Abah selalu berpesan utk membuat sesuatu secara berjemaah...sgt enjoy bila dpt makan ramai2, sembahyang sama2, berkelah sama2...



* dia sendiri yg menikahkan Atie dan tak lupa membaca doa dlm majlis berkenaan hingga menangis gembira...




Semoga hidup Abah & Ummi diberkati Allah hingga ke akhirat... Kami anak2 mungkin tidak mampu membalas jasa2 kalian...insyaAllah doa2 kami menjadi bekalan kalian di akhirat..doa drpd anak2mu yg soleh & solehah insyaAllah....

**********

Hadiah akan diberikan kepada 3 pemenang bertuah

dan pemenang akan di nilai dari semua aspek :)


Senarai hadiah

1. Something dari Bandung by kiddie

2. Header dan cursor nama atau cursor gambar by putry

3. Cursor nama atau cursor gambar by putry

-----
-----

Wednesday, 8 February 2012

Contest Saya Kaki Drama by Ika

Salam


(1) Drama Tempatan yg Diminati

NUR KASIH



Drama Nur Kasih yang memulakan episod pertamanya pada thn 2009 ini benar2 telah menaikkan drama Islamik di Malaysia, arahan Kabir Bhatia. Buktinya pada tahun 2010, drama ini telah memenangi Anugerah Drama Bersiri Terbaik di Anugerah Skrin 2010. Atie suka lakonan mantap Tiz Zaqyah walaupun baru pertama kali muncul dan Atie mmg mengikuti cerita2 lakonan Tiz ni. Harapan Atie agar suatu hari nanti Tiz dpt mengekalkan imej seperti wataknya dlm Nur Kasih sbg Nur Amina. Atie suka cerita ni sbb lakonannya di UIAM..hehe my University ;p lagipun, Atie mmg suka lagu2 Yasin yg membawakan lagu Nur Kasih dlm drama ni. Atie pun dh memiliki VCD penuh cerita ni hehe....insyaAllah kita dpt ambil iktibar drpd cerita ini walaupun ia hanya lakonan semata-mata tetapi lebih baik drpd menonton rancangan yg tiada pengajaran & melalaikan..wallahu'alam

(2) Drama Antarabangsa yg Diminati

FULL HOUSE


Drama Korea Full House ni my 2nd favourite drama after Winter Sonata.. x nak letak Winter Sonata utk contest ni sbb x mo lah citer sedih2 ni ;p kita nk happy2 kan.. so, tgk Full House yg ada 16 episod ni mmglah menjadikan hidup kita ceria hehehe...1st time tgk cite ni  masa thn 2004, waktu tu Atie 2nd year di University..cite ni lah yg jadi membuatkan fikiran ni melayang kononnya berangan nk dpt rumah cantik mcm dlm cite tu...dpt husband hensem & cute mcm Rain walaupun rupa x secomel Song Hye-kyo..biasa la klau dh cite Korea tu, hero of course la hensem, heroin pun comel2 cun sumenye lagi2 gandingan Rain & Hye-kyo tu...Atie suka cite ni sbb sekurang2nya ia menceritakan kehidupan married couple...yg kahwin dulu baru bercinta...so, tak salah kan bercinta dgn suami..hehehe ayat bajet bagus...oklah, dh terbuat entry psl Full House ni, nk layan cite ni la jap (dh beli set VCD gk ;) ...

Salam

-----
-----

Contest: Saya Sayang Dia by Iera & Nurin



Mari kenali salah seorang insan yg Atie sayang dlm hidup Atie:

I called him ... "Shayang Shomel" hehe



Biodata Shayang Shomel

Name: A.Tarmizi
DOB: 11 April 19??
Place of Birth: KL
Siblings: Eldest out of 4 siblings (he has 1 brother & 2 sisters)
Graduated from UNIMAS, MBBS
*always called himself as "JEBAT"...he really love the character
* suka bercerita ttg kisah-kisah Nabi & sahabat..x miss cerita Fat-Tabiouni (TV Al-Hijrah)
* ada lesung pipit kt dua2 belah pipi makes him so sweet & shomel ;p

Hobbies:
* Running (he is a sprinter)
 
* Gardening (a very green-finger man)
* Cooking (wait & see him in 3rd MasterChef Malaysia insyaAllah)
* Designing & Sketching (he designed our dream home...will be built soon this year)
* Travelling (we share the same hobby)
* Loves to watch National Geographic especially about animal kingdom



other info about him.....
1. Dialah kawan & sahabat Atie

2. Dia tunang Atie



3. Dia mengahwni Atie ;p





4. Dia berikan Atie cincin ni:


5. Dia pandai buat Cheese Cake & croissant ni:


 

6. Dia sayang & pandai pegang baby




7. Dia doktor yg penyayang & ceria..Dia doktor saya hehe


8. Dia ada lesen B Full & own big bike


9. Kami sambut raya sama-sama


12. Kami conquer Mt. Kinabalu sama-sama



11. Kami travel sama2






12. Dia suka lapah daging masa raya haji korban


13. Dia suka buat aksi-aksi pelik ;p


14. He is funny & cute ;p


15. Kami pergi umrah sama-sama..Alhamdulillah



Yes...he is my husband..banyak sangat sweet moments with him, that's why I love him....
Semoga jodoh kami kekal hingga di syurga Firdausi..ameen...







~ May Allah Bless Us~


-----
-----