Monday, 13 February 2012

28th Birthday Giveaway


Assalamualaikuma Ya Ukhti wa Akhi fil-Islam....
SAIDA MARLINA BT MOHD MOHTAR



&
MOHD FIKRY BIN MOHAMED

Apabila tiba hari kelahiran seseorang, kebiasaannya kita akan mengucapkan 'Selamat Hari Lahir'. Kak Atie ucapkan

Baarakallahu Fiikuma (Semoga Allah memberkati hidup kalian). 
Alangkah indahnya jika kita sertakan hadith Nabi صلى الله عليه وسلم berkenaan usia,

Riwayat Imam Tirmidzi rahimahullah

Ayuh sebarkan kalam Nabi kita!
Sempena ulangtahun kelahiran kalian berdua, disertakan beberapa panduan ttg sambutan hari lahir menurut Islam :) segala khilaf harap diperbetulkan :)

* Berdasarkan beberapa orang ulama’ kitab-kitab terbaru (ulama’-ulama’ yang lama tidak menyebut tentang perkara hari jadi ini) di iantaranya seorang ulama’ besar di Universiti al-Azhar melalui kitabnya ‘Yas-a-luu-naka Fiddin’ hukumnya menyambut hari kelahiran adalah bida’ah yang harus.

Bida’ah kerana tiada contoh yang dibuat pada zaman Nabi Muhammad S.A.W.  Harus pula kerana tiada ayat, nas atau hadis yang melarang menyambut hari jadi maka harus asalkan dengan cara yang tidak bercanggah dengan Islam, dengan syarat pengisian di dalam majlis itu tidak meniru atau mengagung-agungkan budaya Barat yang menyalahi syariat dan akhlak Islam.

Di mana, tiada percampuran (pergaulan bebas) antara lelaki dan perempuan, meminum arak, tari-menari, pendedahan aurat, mencuaikan solat, pembaziran dan sebagainya. Ingatlah, setiap perkara yang haram akan dilaknat Allah dan berdosa.

Raikanlah harijadi dengan tujuan mensyukuri nikmat Allah, memuhasabah diri dan melahirkan kegembiraan dan kasih-sayang sesama anggota keluarga dan sahabat handai. Di sinilah terbinanya keharusan itu.

* Hukum meniup lilin ini adalah haram kerana amalan ini tiada dalam agama lain melainkan agama Kristian. Barangsiapa yang mengikut satu adab yang lazim untuk sesuatu kaum sahaja maka termasuk kaum itu. Maksudnya kita ditegah supaya tidak menyerupai mana-mana kaum yang jelas ingkar kepada Allah SWT.

'Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka ia dikira termasuk ke dalam golongan itu. (Riwayat Ahmad dan Abu Dawud dari Ibnu Umar r.a)'

* Setengah ulama’ mengatakan boleh buat kek tetapi tidak boleh tiup lilin dan bernyanyi. Sebaiknya berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. 

"Sesiapa yang berselawat ke atasku (Nabi Muhammad S.A.W.) sekali, maka Allah akan mengampunkannya sebanyak 10 kali dosa-dosanya."

* Sekiranya kita mahu beroleh keberkatan semasa menyambut ulangtahun kelahiran, wajarlah terlebih dahulu kita memahami dan menghayati syarat-syarat dan adab-adabnya.
Antaranya:
a. Melahirkan rasa syukur dan rasa gembira sebagai tanda mensyukuri nikmat umur yang dikurniakan Allah. Firman Allah:

“Dan terhadap nikmat Tuhan-Mu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebutkannya (dengan bersyukur).” (Ad-Dhuha: 11).

b. Doa-mendoakan antara satu sama lain, lebih-lebih lagi kepada sambutan harijadi seseorang. Seeloknya kita tukarkan nyanyian “Selamat Hari Jadi” dengan ungkapan yang lebih bermakna, lebih berkat dan indah seperti contohnya, Barakallahu fika (atau “fiki” sekiranya perempuan), tiga kali, dengan  menggunakan melodi yang sama. Maksudnya, “Semoga Allah memberkati hidupmu”. Ucapan-ucapan doa sebegini lebih dituntut dan dianjurkan oleh syariat Islam.
c. Jamuan adalah sinonim dengan apa jua majlis dan sambutan. Menjamu makan dalam Islam adalah satu bentuk sedekah yang sangat digalakkan. Asalkan tidak membazir. Adalah dianjurkan kita menjemput golongan fakir dan miskin ke majlis kita. Sekiranya ada lebihan makanan, eloklah dibahagi-bahagikan kepada para tetamu sebagai buah tangan. Selain besar pahalanya, ia boleh menyuburkan lagi rasa kasih-sayang sesama keluarga dan sahabat handai.
d. Mengadakan majlis tazkirah (nasihat) ringkas, ataupun mengalunkan bait-bait nasyid, selawat yang berupa untaian nasihat bagi menghiburkan para jemputan di samping mengingatkan hadirin bahawa umur adalah amanah Allah s.w.t yang akan ditanya di Akhirat kelak.

e. Memberi hadiah juga adalah amalan yang sinonim dalam sambutan hari-hari sebegini. Amalan memberi hadiah ini juga dianjurkan oleh Islam kerana ia akan menimbulkan kemesraan dan suasana yang penuh mahabbah (kasih sayang).

Hadiah yang diberikan tak semestinya besar dan mahal, tetapi ia akan menjadi tanda ingatan yang ikhlas, di samping menyumbang ke arah melahirkan masyarakat penyayang. Sabda Nabi s.a.w:
“Hadiah-menghadiahlah, kamu akan berkasih-sayang.”
f. Muhasabah diri (koreksi diri) yang perlu dibuat khasnya pada sambutan ulang tahun ini, ialah dengan menginsafi masa atau umur yang telah berlalu. Renungkan, berapa banyakkah kebaikan amal soleh yang telah kita lakukan. Dan renung pula berapa banyak pula maksiat dan dosa yang telah kita lakukan selama ini.

Sekiranya jawapan itu lebih berat kepada kecuaian dan kealpaan, maka mohonlah taubat kepada Allah. Kemudian susuli dengan niat, azam dan perancangan bagaimana untuk mengisi sisa-sisa umur kita yang berbaki ini. Tentunya baki umur kita semakin hari semakin sedikit, bukannya bertambah. Hasil muhasabah diri ini akan menjadikan kita orang yang terus-menerus berhijrah kepada Allah s.w.t.


g. Selain itu, insan yang menyambut hari jadi itu elok juga pergi menziarahi kedua ibu bapa (jika tidak lagi tinggal bersama dengan keduanya), kerana merekalah yang merupakan sebab musabab lahirnya dia ke dunia. 


Pada hari itu, si anak sepatutnya mengucapkan terima kasih dan menghadiahkan sesuatu pada ibu dan ayah mereka. Mudah-mudahan usia kita terus diberkati.

**********

Kalau dilihat sepintas acara sambutan hari jadi tidaklah menggambarkan apa-apa. Namun banyak yang diceritakan bahawa memotong kek dengan meniup lilin adalah sambutan golongan bangsa Yahudi atas kemenangan mereka ke atas umat Islam.

Apa yang dikhabarkan ialah kek itu umpama dunia Islam dan lilin itu cahaya Islam. Lalu ditiup lilin menandakan mematikan cahaya Islam dan memotong kek maksudnya membahagi-bahagikan taklukan yahudi atas negara-negara Islam. Wallahu'alam. Bagi Atie perkara seumpama ini tidak berasas kerana cahaya lilin tiada kena mengena dengan cahaya Islam, cahaya Islam adalah Nur yang tidak boleh dipadam oleh sesiapa pun, kerana ia bukan cahaya hakiki (cahaya sebenar seperti cahaya lampu) tetapi cahaya maknawi (yang diumpamakan tetapi tidak sama).
Umat yang beragama Islam tahu bahawa bangsa Yahudi tidak pernah rasa tenang dan reda atas orang Islam, kerena mereka benar-benar inginkan umat Islam terpedaya atas segala ajakan mereka dalam segenap kehidupan manusia. Ini termasuklah mempengaruhi umat Islam supaya meniru mereka.

Allah SWT yang mengutus Rasul-Nya Muhammad saw telah berfirman yang bermaksud:

Orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. (al-Baqarah: 120)

Allah SWT memaklumkan dan memberi peringatan agar umat Islam berhati-hati atas segala tindak tanduk kaum Yahudi yang sentiasa merancang jahat atas kemusnahan agama Islam. Adapun cahaya Islam tiada kaitannya dengan cahaya lilin, kalau dipadamkan cahaya lilin dengan meniup tidak bermaksud terpadam cahaya Islam.

Allah berjanji akan menjaga cahaya Islam, biarpun golongan yang memusuhi Islam cuba memadamnya, firman Allah SWT yang bermaksud:

Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya, sekalipun orang kafir tidak suka (akan yang demikian). (al-Saf: 8)

Cahaya Allah dalam ayat ini bermakna Islam yang sedang berkembang dan akan terus berkembang biarpun ada usaha untuk memadamnya (menghentikan).

Bersyukurlah kerana Allah masih memberikan kita peluang untuk hidup bukannya bergembira sedangkan semakin banyak hari jadi yang kita sambut untuk diri kita semakin tua umur kita dan semakin dekat kita dengan hari kematian kita maka patutkah kita bergembira, bertepuk tangan atau seumpamanya?

------
No.: 24
------

1 comment: