Wednesday, 1 February 2012

"Contest Back To Black : Cover Ur Modesty"







Gambar Pilihan:
(Wearing a Muslimah Attire in Black Only, Covering Aurah)

~ Atie yg berdiri paling kanan ~

ini gambar lama ni...agak2 thn berapa? hehe ni masa Atie 3rd year di IIUM, Kuantan tahun 2005.
Sebenarnya byk gmbr Atie berpakaian warna hitam tapi utk huraikan sikit pasal aurat ni,
Atie rasagambar ni lebih sesuai.
Kita jawab soalan di bawah dulu lepas tu baru huraikan serba sedikit psl aurat ni ye :)

What Did You Wear:

* Tudung Donatello Hitam-Putih *
Tudung ni smpi skrg Atie masih guna, maknanya dh 7 thn (2005-2012) hehe

* Jubah Hitam Bertali attached with White Shirt *
Inner tu bukan mcm inner skrg yg cotton tu,
tapi baju putih ni macam kain kemeja dgn lengan yg labuh & longgar.
Kemeja putih ni mmg didtgkan skali ngn jubah tu. Jubah ni kainnya tebal & kemeja tu pun tebal.

* Stoking Putih *
Stoking ni tebal...klau yg nipis, akan nampak kulit..
that's why better klau pkai stoking hitam :)
Where You Bought the Attire:
* Tudung Donatello Hitam-Putih *
Tudung ni beli kt salah satu butik di Alamanda, Putrajaya. Beli pada tahun 2005.

* Jubah Hitam Bertali with White Shirt *
Jubah & kemeja putih tu Atie beli kt butik di Kelantan pd tahun 2001. Lama kan? Rasanya masih ada baju ni tapi dh x tau mana kena simpan sbb tahun 2008, Atie sekeluarga berpindah dari Putrajaya ke Taiping.

* Stoking Putih *
Stoking tu pulak beli kt Kuantan Parade, Kuantan, 2005 masa Atie belajar di IIUM, Kuantan :)
*****************************
So, ada bbrp point yg Atie blh terangkan kt sini berdasarkan pemakaian attire di atas:

BAJU

1. Baju yg kita pakai perlulah dari jenis kain yg tebal. Tapi bukanlah tebal mcm 'kain guni' hehe kalau macam tu x selesa lak kan... kain denim pun ok bah ;)

2. Jika pakaian kita bukan dr kain tebal iaitu nipis dan jarang,
perlulah pakai inner yg sesuai ngn baju kita...sesuai cane?

3. maknanya 1stly baju kita tu perlulah longgar, tidak ketat dan x ikut body.. jika jenis kain tebal pun, tapi baju jenis fit nmpk susuk tubuh pun, tetap x sesuai malah haram krn menampakkan aurat iaitu susuk tubuh.

4. jika pakai pakaian yg jarang, then pakai inner mcm tube, pun x sesuai...sbb masih nmpk lengan dan bahu. Kita selalu lihat kan style pakaian pengantin @ kurung moden begitu? Jadi, kita sbg Muslimah Mu'minah perlulah bijak memilih pakaian yg betul2 menepati syarak & menutup aurat.

5. Jika mengenakan jubah, perlulah pastikan labuhnya bersesuaian,
melebihi paras buku lali tp tidak pula menyapu lantai/tanah :)

apa pendapat kawan2 dgn jubah/busana begini?

perlu hati2 dgn 'pleat' kt tengah2 atas pinggang tu ye..jika tubuh pemakainya kecil, mungkin ok tp kita wanita mmg dicipta mempunyai susuk pinggang kecil & pinggul sedikit besar... jika berpakaian begini juga, boleh cari alternatif utk pakai tudung yg lebih labuh hingga melepasi paras labuh punggung.

6. Bahagian tangan pula hendaklah melepasi sedikit pergelangan tangan dan
jika perlu pakailah stoking tangan yg sesuai =)

TUDUNG

7. Tudung pula ada pelbagai gaya.
Tudung pun x blhlah nipis, walaupun bidang besar tapi jarang pun x ok
sbb nmpk bayangan leher sedangkan
aurat kita adalah seluruh anngota badan (termasuk kulit) kecuali muka & tapak tangan.
Bahagian atas kanan dikira sbg tapak tangan juga, menurut bbrp sumber ilmiah..nanti study ek. ;)
Tudung jenis kain bawal byk yg nipis kan? tapi mcmana nk handle (Atie pun suka tudung bawal...hehe)...kita blh pakai mini inner shawl yg warna gelap yg cover leher sebelah dalam.

8. Ada juga antara kita yg pakai 'anak tudung' shj yg dikira sbg sudah bertudung. Cuba lihat gaya ini:

gaya begini walaupun menutup rambut, tapi bahagian leher terdedah.
walaupun ada cover dari dada hingga leher, tapi cuma separa leher sahaja.
jikapun dipanjangkan bahagian kain pada leher tu tapi x dpt elak akan menampakkan tulang pipi sblh kiri & kanan dan semestinya akan menampakkan juga aurat...

9. Tudung juga perlulah labuh melebihi paras dada, dan menutup bahagian belakang. Masalah ni mungkin x nmpk bagi mereka yg kurus tapi bagi yg bertubuh besar sedikit,
mmg perlu berhati2 dlm mengenakan tudung dan pakaian.

10. Tidak lupa juga tentang tudung bersanggul begini:

sememangnya berdosa mengada-adakan sanggul sebegitu yg menyerupai bonggol unta

11. lihat pula gaya pemakaian tudung sebegini:

bahagian kepala sudah ditutup rapi tapi bagaimana pula dgn bahagian dada?
perlu dilabuhkan lagi ye hingga melepasi paras dada
dan sekali lagi, kain perlu lah tebal sedikit & tidak jarang :)

mungkin x begitu nampak dari pandangan hadapan, cuba lihat pandangan sisi:

mmg ketara bahagian dada begitu terdedah dgn pemakaian begini...
begitu juga dgn bahagian belakang, haruslah dilabuhkan lagi :)

pasti kawan2 sudah maklum hal ini kan? kita sama2 berpesan pada kebaikan kan...
^_^
tutorial video pemakaian hijab dari kain pashmina pun sudah banyak...blhlah rujuk yg mana sesuai ye :) contohnya mcm TheMissdena kita yg femes tu hehe


SKIRT/SELUAR

12. Kain skirt juga perlulah labuh dan tidak senteng hingga menampakkan buku lali.
Jika demikian, blhlah pakai stoking dan seluar yg labuh.
13. Skirt/seluar juga x blh nipis/jarang ye :) perlulah pakai petticoat untuk mengurangkan jarang
& melindungi aurat. Adalah lebih baik memakai stoking gelap & tebal (tidak menampakkan jari2 kaki)

*************************
Link:


* already LIKE fanpage *

Due:
1 Feb 2012


p/s: ini just for my future reference ^_^ dh x perlu susah nk cari lagi next time ;p




-------
No.: 35
-------




3 comments:

  1. sangat informative! bagus dibuat panduan utk mereka yg tercari2 bagaimana cara betul dalam penutupan aurat. =) tunggu resultnye this week k atie.

    ReplyDelete
  2. hai ! dtg melawat kawan2 yg join contest ni. slm perkenalan. gu luck !! jom g blog saya pulak =)

    ReplyDelete