Sunday 19 February 2012

Makanan Sunnah: Buah Tin dan Anggur [Bahagian 2]

* Salam *


.... sambungan dari: Barli dan Kurma

3. Buah Tin

  • Allah telah bersumpah tentang buah ini di dalam Al-Quran. Terkandung didalam surah At-Tin dimana Allah telah bersumpah di atas nama buah tin dan buah zaitun . Apakah keistimewaan buah tin dan zaitun ini sehinggakan Allah bersumpah diatasnya? Ada beberapa hadis dan riwayat yang menerangkan tentang fadhilat dan kelebihan buah-buah ini.

    Di antara kelebihan buah tin:

    * Riwayat dari Abu Zar r.a. bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin. Lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan. Nabi pun turut sama makan. Kemudian baginda SAW bersabda:
"Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia. Kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan."

  • Sesetengah ahli tafsir menerangkan bahawa Allah bersumpah dengan buah tin kerana dengan buah inilah yang menjadi penutup aurat Nabi Adam dan Hawa di dalam Syurga sewaktu Allah singkap aurat kedua-duanya selepas memakan buah larangan dalam Syurga.

  • Buah tin kering mengandungi kurang air dibandingkan dengan buah tin yang segar iaitu lebih kurang 23%.

  • Buah tin kering juga membekalkan enam kali lebih banyak kalori daripada buah yang segar.

  • Pengeringan buah tin mengakibatkan pemekatan nutrisi di dalamnya yang mana ianya menjadi lebih kaya dengan protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral terutamanya kalsium, zat besi dan potasium. Kandungan sodiumnya pula sangat rendah. Nilai nutrisi di dalam buah tin kering:
Proetin gm 4.3
Lemak gm 1.3
Mineral gm 2.4
Serat gm 5.6
Karbohidrat gm 63.4
Tenaga kcal 274
Kalsium mg 126
Forforus mg 77
Zat besi mg 3
Vitamin C mg 1
  • Setiap 100mg buah tin kering terkandung 5.60gm serat dibandingkan dengan buah epal yang hanya mempunyai 2.0gm serat. Kandungan serat yang tinggi ini amat baik untuk sesiapa yang ingin mengawal berat badan.
  • Pakar kesihatan sangat menggalakkan makan buah tin untuk membantu membersihkan racun dalam tubuh, mencegah kanser usus dan penyakit yang berkaitan dengan perut. Hasil satu kajian dari Universiti Rutgers di New Jersey membuktikan buah tin mengandungi antioksidan dengan menghalang karsinogen yang menjadi punca kanser.
  • Buah tin juga mengandungi Omega 3 dan Omega 6 iaitu sejenis lemak yang berperanan dalam pencegahan penyakit jantung.
  • Buah tin juga rendah lemak, rendah sodium, rendah kalori dan bebas kolestrol di mana ia sangat sesuai untuk penderita kencing manis.
  • Buah tin juga mengandungi Vitamin A & C, kalsium, zat besi yang sangat diperlukan untuk memelihara kesihatan organ tubuh badan manusia.
  • Antara khasiat buah tin yang telah dikenalpasti ialah mengatasi penyakit buasir, sakit-sakit atau bengkak badan, batuk yang berpanjangan, melawas kencing, menyah toksik, dan membersihkan lendir pada usus.

No comments:

Post a Comment