Sunnah Rasulullah SAW Ketika Makan:
1) Membasuh tangan - ramai yg terlupa selain untuk kebersihan, membasuh tangan sebelum makan juga adalah sunnah Rasullullah SAW
2) Duduk dgn penuh adab bila menghadap makanan iaiti duduk secara iftirasy
Dari Abu Hamidal-Sa'idi r.a., katanya:
"Aku melihat Nabi Muhammad SAW apabila Baginda duduk pada raka'at yang kedua (untul membaca Tahiyyatul Awal), dia duduk di atas kaki kirinya dan menegakkan kaki kanan (duduk iftirasy)" (Hadith Sahih Riwayat Bukhari)
Kebanyakan kita tidak mengetahu kebaikan duduk iftirasy dari segi kesihatan. Bila dalam iftirasy ini, kaki kanan kita mendapat tekanan di bahagian atas kaki dan kaki kiri mendapat tekanan bawah dan tengah kaki. Duduk iftirasy ini memberi tekanan refleksologi yang menyeluruh. Tapi bagi orang yang tidak menegakkan kaki kanan, mereka hanya mendapat tekanan refleksologi untuk sebahagian tubuh sahaja (tidak meliputi bahagian otak, tengkuk, tekak, jantung, suara, sinus, kelenjar pituitari dsb.). Ini sangat merugikan!!
Jadi elokah kita cuba duduk secara iftirasy yang sempurna semoga kita mendapat pahala kerana mengikut sunnah dan juga kesihatan yang menyeluruh melalui latihan refleksologi tidak langsung untuk bahagian kritikal seperti otak, tengkuk, tekak dll.
Di antara sunnah, seseorang yang hendak makan dan minum sebelum makan dan minum, hendaklah membaca basmallah dan membaca Alhamdulillah ta'ala setelah selesai makan dan minum.
Ibnul Qayim rahimahullah mengatakan: "Membaca basmalah di awal makan dan minum dan membaca Alhamdulillah setelah selesai, mempunyai pengaruh yang sangat mengagumkan baik pada manfaatnya, kebaikan dan dalam menegah kemudharatan.
Imam Ahmad mengatakan: "Apabila dalam makanan telah tekumpul empat hal, maka telah sempurna: Apabila menyebut nama Allah di awal makan, Alhamdulillah setelah makan, makan berjema'ah dan dari makanan yang halal."
..... bersambung: Bahagian 2
No comments:
Post a Comment